“Bong*k Sangat Iklan Kau,” – Netizen Termasuk Ibu Kecam Aliff Syukri Buat Iklan Berbaur Luc*h?

Share

Nama usahawan kecantikan, Datuk Seri Aliff Syukri sekali lagi menjadi perhatian warga maya apabila dia didakwa sengaja memasukkan unsur lucah dalam iklan terbaharu produk tudung yang dimiliki oeh isterinya.

Video yang dikongsikan di laman Instagram miliknya itu memperlihatkan Aliff berada di atas katil bersama isteri, Datin Nur Shahida Mohd Rashid.

Apa yang menimbulkan rasa kurang senang netizen apabila perlakuan Aliff di awal video tersebut seolah sedang melakukan onani yang dibimbangi tidak elok untuk dibuat tatapan umum.

Mungkin tahu namanya bakal dikecam gara-gara tindakannya itu, Alif terlebih dahulu telah menerangkan perkara tersebut menerusi kapsyen yang ditulisnya.

“Tolong jangan fikir yang bukan-bukan tengok sampai habis,” tulisnya.

Rata-rata netizen menyifatkan aksi yang ditunjukkan Aliff itu tidak ada kena mengena dengan produk tudung yang cuba diiklankannya.

“Apa ni Datuk, tak baik untuk 18 tahun ke bawah tengok.

“Makin tak cerdik, tak malu.

“Ni Malaysia Datuk, bukan US. Ada batas dalam buat content.

“Adoi tak payahlah buat content macam ni. Budak-budak tengok tak elok.

“Maaf Datuk, saya selalu sokong Datuk dan Datin. Content macam ini rasa tak sesuai dengan kedudukan Datuk, Datin,” beberapa komen netizen.

Malah, ibu Aliff iaitu usahawan yang dikenali sebagai bonda Rozita Ibrahim itu juga meninggalkan komen memarahi anaknya gara-gara iklan berbaur lucah tersebut.

“Bongok sangat iklan kau… apalah kau ni Kri (Aliff) oii,” tulis Rozita.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto:  Instagram Aliff Syukri

IKLAN