“Boleh Tahan Sedap, Walau Rupa Dia Agak Mengerikan,” – Tasha Manshahar Gigih Buat Kek Tengah Malam Sebab…

Share

Bersempena dengan ulang tahun pertama kelahiran anak sulung penyanyi Tasha Manshahar iaitu Muammar Rafiqi, penyanyi berkenaan meraikan majlis dalam keadaan sederhana besama keluarga pada Ahad.

Kongsinya, dia pertama kali menghasilkan kek ciptaan sendiri dan berjaya menyiapkan meski pada tengah malam. 

“Dari awal lagi I mmg dah niat nak bake birthday cake specially for Muammar on his 1st birthday walaupun sebenarnya i tak pernah dan tak pandai baking lgsg!

“Tapi saja nak make today more memorable and meaningful (atleast for me).

“Tgh malam semalam ya i mula baking time semua org dah tidur. Nervous gila sbb mmg tak reti! Kek cantik order jugak untuk org dewasa makan, tp Muammar kan tak boleh makan kek tu sebab dia baby lagi, so I made an effort inspired by many other supermoms out there utk buat cake yg anak boleh makan,” tulisnya.

Bagi Tasha lagi, dia tidak mahu menempah atau membeli kek serba mewah, kerana akui anaknya masih kecil dan tidak boleh hadam makanan yang terlalu manis. 

“Boleh je nak upah baker buat ikut resipi yg kita bagi, tapi i saja nak buat sendiri hehehe. Tapi berani mati jugaklah i sbb honestly kuantiti bahan dia ada yg i main agak-agak je.

“Nasib baik lahhhhh rasa dia boleh tahan sedap walaupun rupa dia agak mengerikan ya. Patut mommy boleh design2 letak buah ke tp mommy tak sempat, sorryyy Muammar.

“Emmm nak share resipi tp rupa kek kita pun mcm tak berapa meyakinkan…tapi ada yg nak resipi ke?,” kongsinya.

 Selain itu, Tasha juga berkongsi foto ketika anaknya masih bayi. 

Untuk rekod, pemilik nama penuh Nur Nadia Natasha Mohd Manshahar berkahwin dengan Raqib Majid yang juga penyanyi dan komposer pada September 2018.

Pasangan ini kemudian dikurniakan anak sulung, Muammar Rafiqi pada 21 Jun 2019.

Foto : Instagram Tasha Manshahar

IKLAN