“Boleh Tag & DM, Saya Bantu,” -DS Aliff Syukri Dedah Impian, Mahu Kongsi Rezeki

Share

Usahawan dan penyanyi  Datuk Seri Aliff Syukri dengan rasa rendah dirinya mahu membantu golongan yang susah. 

Perkara itu dikongsikan Aliff di Instagrammya.

“Saya tak pandai sekolah tapi sy nak berjaya dunia akhirat… syukur sy dah cukup apa yg sy dah ada… 

“Terima kasih allah

”Skrg ni sy rasa puas kalau dpt bantu org… saya nak bantu seramai yg mungkin.. org dlm kesusahan seperti yg saya laukukan skrg ini utk Yayasan Kebajikan Negara Malaysia walapun x dpt apa2 tapi ini saham akhirat saya.

Jelas Aliff, dia mahu membantu mereka yang berada dalam kesusahan.

“Ini impian saya utk bantu org jika anda dlm kesusahan… 

“Sila tag saya dan dm Insyallah saya akan cuba bantu dr rezki dr pernigaan saya.. semoga kalau sy mati mereka itu blh doakan sy masuk syurgA dan memajukan bisnes org melayu islam mcm saya

“Saya ni kalau org tanya apa impian sy, sy mmg nk mcm2 tapi sy skang focus berniaga, sy nk sgt company yg sy bina ni jd hebat mcm company obersea nestle, unilever dan sy nak bersaing dgn mereka yg ada sale bilion dan boleh bantu org susah. khusunya org Islam.. 

“Bagi sy rezki sy skrg ada hak org susah… dalam duit kita terselit juga bahagian orang lain,banyakkan memberi,,insyallah pintu rezeki akan terbuka luas,,,, inyallah ini impian dan misi hidup saya,” tulisnya. 

Menerusi video tersebut, Aliff telah menghadiri sebuah majlis bersempena dengan  Yayasan Kebajikan Negara Malaysia di Putrajaya. 

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat lebih 200,000 tontonan setelah dimuat naik Aliff malam tadi. 

Video : IG Aliff 

IKLAN