Mungkin ada yang tidak tahu, baru-baru ini gempar tentang sebuah restoran di Paris yang mengenakan syarat paling tidak masuk akal jika ingin menikmati hidangan di sana.

Mana tidaknya, kesemua pelangan yang ingin menjamu selera diwajibkan untuk menanggalkan pakaian mereka.

Restoran ini juga mempunyai sebuah bilik persalinan serta menyediakan rak pakaian untuk pengunjung menyimpan pakaian mereka dengan selamat.

Barangan seperti telefon bimbit, kamera dan sebagainya tidak dibenarkan sepanjang berada di ruang makan.

IKLAN

‘Restoran bogel’ ini diberi nama O’naturel dan ia bukanlah restoran pertama yang menggunakan kempen seperti ini di Eropah, sebaliknya ada beberapa restoran yang lain juga turut dibuka sempena menyambut musim panas.

Boleh Makan Tapi Kena Bogel. Erkkk Berselera Ke?

IKLAN

Restoran yang menyajikan menu masakan klasik Perancis ini terus menerima pengunjung yang ramai sehingga ke hari ini.

Menurut sumber, restoran ini telah dibina kerana pemilik kedai ini memahami kerimasan orang ramai apabila berhadapan dengan musim panas.

IKLAN

Restoran ini wajib dibuat tempahan sebelum hadir dan perlu mengikuti beberapa syarat agar tidak disalah gunakan.

Persoalannya di sini, berselerakah kita makan tanpa seurat benang? **tepuk dahi**

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI