Siapa yang tidak kenal dengan Adibah Noor. Sebut sahaja namanya pasti suara merdu dan kepetahannya bercakap bermain di minda.
Walaupun tidak terlalu kerap muncul di kaca televisyen, namun pasti semua tahu Adibah boleh dikatakan seorang yang sangat komited berkerja dan berjaya, boleh dijadikan sebagai inspirasi.
Melalui sebuat posting di Twitter, Adibah ada berkongsi beberapa tips berjaya khas untuk pengikutnya terutama buat golongan muda yang ingin hidup lebih senang di masa akan datang.
Ini beberapa tips yang dikongsikan olehnya…
Menurutnya, perkara-perkara di atas haruslah dilakukan secara konsisten dan jangan putus asa untuk menyimpan.
Selepas 10 tahun, segalanya sudah nampak hasil barulah berusaha untuk membeli rumah atau kenderaan dengan menggunakan khidmat loan.
Tetapi, Adibah mengingatkan orang ramai untuk Elakkan dari mengambil loan yang mempunyai 10 tahun perjanjian ke atas kerana ia akan membuatkan kita terikat dengan jangka masa yang terlalu lama.
Malah, Adibah turut menyarankan golongan muda untuk mengutamakan pembelian rumah terlebih dahulu berbanding kereta.
Dia turut memberitahu segala penantian untuk urusan jual beli rumah memang satu penyeksaan tetapi cukup berbaloi.
Namun Adibah sempat bergurau, dia tidak dapat kongsi apa-apa tips sekiranya ada yang ingin berkahwin dalam tempoh penyimpanan kerana dia sendiri tidak mempunyai apa-apa pengalaman dalam hal sebegini.
So good luck guys!