“Boleh Jadi Abi Rayyan,”- Amboi…Fikry Ibrahim Bagi Hint Mahu Jadi ‘Abi’ Pada Anak Siti Nordiana?

Share

Pelakon dan pelawak, Fikry Ibrahim ada memuat naik gambar terbarunya bersama seorang kanak-kanak yang mendukung watak sebagai anaknya dalam drama, ‘Encik Imam Express’.

Gambar comel tersebut turut menarik perhatian penyanyi, Siti Nordiana yang meninggalkan komen pada entri tersebut.

“Alah alah Abi nye pun,” tulisnya.

Tidak lama kemudian, Fikry pula membalas semula komen tersebut dengan sesuatu yang tidak dijangka.

“Boleh jadi abi Rayyan,” balas Fikry.

 

Lalu, Siti Nordiana turut ‘melayan’ berbualan tersebut dengan memberi tahu, Fikry boleh menjadi bapa kepada anaknya itu tetapi harus menyediakan duit belanja yang banyak kerana anaknya seorang yang kuat makan.

Perbualan itu ternyata telah menarik perhatian peminat kedua-dua selebriti tersebut.

Amboi, Fikry! Nak jadi papa Rayyan ye? Kalau dah jodoh apa salahnya kan? Kita doakan sahaja yang baik-baik buat Fikry dan juga Nana.

Sumber: Instagram Fikry Ibrahim

IKLAN