Pelakon dan pelawak, Fikry Ibrahim ada memuat naik gambar terbarunya bersama seorang kanak-kanak yang mendukung watak sebagai anaknya dalam drama, ‘Encik Imam Express’.
Gambar comel tersebut turut menarik perhatian penyanyi, Siti Nordiana yang meninggalkan komen pada entri tersebut.
“Alah alah Abi nye pun,” tulisnya.
Ads
Tidak lama kemudian, Fikry pula membalas semula komen tersebut dengan sesuatu yang tidak dijangka.
“Boleh jadi abi Rayyan,” balas Fikry.
Ads
Lalu, Siti Nordiana turut ‘melayan’ berbualan tersebut dengan memberi tahu, Fikry boleh menjadi bapa kepada anaknya itu tetapi harus menyediakan duit belanja yang banyak kerana anaknya seorang yang kuat makan.
Perbualan itu ternyata telah menarik perhatian peminat kedua-dua selebriti tersebut.
Ads
Amboi, Fikry! Nak jadi papa Rayyan ye? Kalau dah jodoh apa salahnya kan? Kita doakan sahaja yang baik-baik buat Fikry dan juga Nana.
Sumber: Instagram Fikry Ibrahim
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Luluh hati melihat klip yang dikongsikan Amyza Aznan menerusi laman Instagram yang merakamkan seorang kanak-kanak disepak dan didera seorang individu tidak berperikemanusiaan.
Menerusi suara tersebut, wanita itu beberapa kali mengatakan “ini anak kau kan?”
“TOLONG VIRAL! PLEASE SHARE! SEBELUM ANAK YG TIDAK BERDOSA NI MATI !!!!!
“POLIS TOLONG !!!!! TOLONG !!!!!RAKYAT MALAYSIA VIRALKAN PLS!!!!!!!!!!!!
“Hancur hati aku… allah tolong lindungi anak ini sehingga BINATANG MEROYAN ni DITANGKAP!!!!
“CUCU SIAPA NI??? ANAK BUAH SIAPA NI???? ADA SESIAPA YG KENAL PLSSSS BAGI INFO SEGERA KEPADA
@pdrmsia_official
@pdrmsia_official.”
Menurut sumber asal, kanak-kanak ini dipercayai didera oleh bekas isteri ayah angkatnya.
“Dapat sumber ni dari ayah angkat anak ni. Di percayai ayah angkat dia dah brcerai. Anak ni di percayai di dera oleh bekas isteri/ibu angkat ayah angkat dia..jom gunakan kuasa viral anda supaya pelaku ni di ambil tindakan yg sewajarnya.”
Pelakon dan pengacara, Zulin Aziz ada berkongsi kisah hijrah dua sahabatnya iaitu Leyla Krisya dan Puteri Emilia Mohd Hanif.
Kedua-dua mereka yang lahir menerusi program realiti Pilih Kasih meminta pendapat Zulin untuk mengenakan hijab namun berasa tidak yakin pada awalnya.
Bagaimanapun, Zulin tampil memberi semangat dan berdoa agar mereka memulakan hijab secara perlahan-lahan dan kekal istiqomah.
“Pagi2 Leyla ajak shopping tudung. Tiba-tiba Menangis . Dia kata .. Zulin, aku mimpi aku mati malam td…aku mimpi aku mati dlm keadaan berhijab. Aku nak pakai tudung terus..
“Allah..Leyla, sejuk hati aku dengar pagi2 ni itu namanya kau dpt hidayah Mula2 saja je Zulin suruh dia keluar dgn Zulin pakai tudung..
“Dia ckp nnt aku dh kawen aku akan pakai tudung. Zulin cuma senyum kat dia.nak pakai tudung ni kena ikhlas niat kerana Allah .semoga kau dapat hidayah satu hari nanti. Esoknya dia minta tudung lg.Harini aku nak pakai tudung lah zulin. Zulin katalah Alhamdulillah hari2 pun tak apa.Ambik jelah tudung apa ada tu.nampak manis je dia bertudung kan?
“Harini dia kata nak beli tudung and ambil keputusan nak terus berhijab.Alhamdulillah. Allahuakhbar.Leyla..zaman kita nakal sama2,bila tengok sorang2 berubah MashaAllah ..indahnya rasa.
“Pasti setiap dari kita akan diuji keimanannya. Setan bekerja 24jam setiap saat menghasut kita hingga kiamat.Apa yg buat iman kita kuat,kita jangan tinggal solat,insyaAllah kita sentiasa dalam lindungan Allah swt,” tulis Zulin.
Sementara itu, sahabatnya, Puteri Emilia Mohd Hanif yang juga merupakan pelakon pembantu dalam drama Cinta Koko Coklat turut terkesan dengan penghijrahan Leyla.
“Allahuakhbar. Pagi tadi bila Leyla tulis dlm group dia nak pakai tudung.. @emeliehanif_official pun ckp hati dia sayu, dia kata dia pun nak berhijab. Allahuakhbar. Allahuakhbar..
“Doakan kawan2 saya yaaa semua… Indahnya persahabatan kami ni tak tau nak ckp mcmana. InsyaAllah kami saling menyokong antara satu sama lain kearah kebaikkan.Perlahan-lahan,kita belajar jadi baik dari sebelumnya.
“Kita susah sama2 Senang sama2 Nangis sama2 Ketawa sama2 Allah jemput kita berdua pergi umrah bersama @emeliehanif_official. Allah beri kita rezeki,beri kita peluang, Syukur Alhamdulillah. Semoga Allah terus beri kita hidayah..
“Semoga Allah bukakan,sucikan hati setiap dari kita. Hidayah milik Allah Doakan semoga @emeliehanif_officialkuatkan iman,kuatkan pendirian dan yakin dengan rezeki Allah swt.
“Dulu masa saya ambil keputusan nak berhijab,ramai ckp saya mungkin akan kurang tawaran berlakon.Tapi saya kuatkan hati,saya percaya pada rezeki Allah.Kalau saya miskin pun didunia ,saya nak kaya dengan pahala di akhirat, InsyaAllah.
“Alhamdulillah,saya makin murah rezeki sebenarnya selepas saya berhijab.Saya dapat mcm2 tawaran yg saya tak pernah dapat masa saya free hair. Kita mencari rezeki dan berkat Allah InsyaAllah Allah permudahkan Sahabatku dunia akhirat. ? @leyla_krisya@emeliehanif_official, tulis Zulin.
Program yang paling dinanti-nantikan setiap kali menjelang Syawal, Bombastika Raya 2026 kembali menemui penonton tahun ini dengan konsep yang lebih segar, meriah dan penuh warna-warni.