Selepas meledaknya fenomena drama Melur Untuk Firdaus, bukan sedikit perhatian yang diberikan peminat tempatan serta dari Indonesia terhadap pasangan hero dan heroinnya iaitu Meerqeen dan Anna Jobling.
Keserasian yang tercipta menerusi drama itu juga dilihat sering dibawa ke luar apabila Meerqeen dan Anna dilihat sering berbalas komen mesra di laman sosial masing-masing.
Dalam ramai-ramai yang suka, pastinya timbul juga ‘haters’ yang dikatakan sudah mula jelak dengan kemesraan yang ditonjolkan dua pelakon muda itu.
Menjawab mengenai perkara tersebut, Anna atau nama sebenar, Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman, 22, berkata dia tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya ada mana-mana pihak yang kurang selesa mengenai perkara tersebut.
Ads
“Itu platform media sosial saya, jadi saya boleh buat apa yang saya suka. Kalau ada yang meluat ke, tak suka ke, boleh block saya dan jangan tengok.
“Saya tak kacau orang pun,” katanya kepada MH.
Sementara itu, berbicara mengenai karier seni, Anna berkata dia akan terbang ke Jakarta pada bulan ini untuk memantapkan lagi kerjayanya di sana memandangkan sudah mempunyai bilangan peminat yang cukup ramai di negara seberang.
“Saya akan terbang ke Jakarta untuk memenuhi undangan beberapa rancangan hiburan di sana selain ada perbincangan untuk menggembangkan kerjaya seni di sana,” kata Anna lagi.
Ads
Melur Untuk Firdaus mencipta fenomena luar biasa di Indonesia malah kedatangan Anna dan Meerqeen ke sana baru-baru ini diberi sambutan hangat oleh peminat fanatik mereka.
Drama arahan Zamri Zakaria itu bakal muncul untuk musim kedua tidak lama lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Anggota kumpulan K-Clique, Fareed selamat melangsungkan pernikahan dengan pasangannya, Siti Hawa Hamdan, 30, dalam majlis yang berlangsung di Sabah International Convention Centre, Kota Kinabalu pada pagi Isnin.
Berita gembira itu dikongsi oleh penyanyi Sabhi Sadhi yang juga abang kepada Fareed, 28.
Dengan sekali lafaz, Fareed selamat bergelar suami kepada Hawa iaitu kakak kepada rakannya sendiri, MK dari kumpulan K-Clique.
“Syukur majlis berjalan lancar. Saya gembira melihat adik sudah berkahwin. Banyak yang dia lalui sebelum ini.
“Saya juga melihat Fareed berubah menjadi seorang yang lebih baik menjelang hari pernihakah,” kata Sabhi.
Pada majlis tersebut Fareed menyerah mas kahwin berbentuk seutas gelas emas denganlima dulang hantaran berbalas tujuh daripada pihak pengantin perempuan.
Pasangan tersebut dinikahkan sendiri oleh MK sebagai wali dan majlis diadakan secara tertutup dengan hanya dihadiri keluarga terdekat kedua-dua belah pihak.
Majlis resepsi meraikan kedua-dua mempelai dirancang akan diadakan pada Disember nanti.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Perkongsian video pendek daripada hos Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), Elly Mazlein di Instagram yang merakamkan kaletah anak keduanya, Haider Mateen baru-baru ini mencuri perhatian netizen.
Haider bakal berusia setahun tidak lama lagi.
Bagaimanapun, video tersebut tidak pula mendedahkan wajah anak lelakinya itu hingga ada yang memberikan reaksi pada ruangan komen.
Ada yang menyamakan tindakan penyanyi lagu Dusta Cinta itu sama dengan selebriti terkenal Neelofa yang belum bersedia berkongsi wajah penuh anak sebelum ini.
“Kawan Bilal Ni. Moga membesar dengan sihat ya,” komen yang tertera.
Menerusi hantaran sama, ada peminat menyifatkan ia hak Elly sebagai ibu selain menjelaskan artis berkenaan sudah pun berkongsikan wajah Haider di MeleTOP.
“Hak dia la nak tunjuk muka ke dok yang komen-komen cam Bilal ni pung, doa yang baik-baik udah,” tulis peminat.
“Tak hairan la dari anak 1st dia memang gini. Plus tak tampaltampal sticker laa cuma ambil sipi. Certain event je dia bagi, pastu sipi sipi balik. Ok jur,” reaksi peminat.
“Kak Kepom memang dari anak 1st dia tutup muka. Tak hairan dah,” jelas peminat.
“Pernah tengok dah kedua-dua anaknya. Haider tu siap tunjuk dekat Meletop tapi kak Lina memang dia camtu. Sekali tu je dia tunjuk, peminat yang terlepas tengok tu bertabahlah,” tulis peminat lain pula.
Sekadar info, Elly sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama pengarah Azmi Hatta namun berpisah pada tahun 2015.
Dia kemudiannya kembali bertemu jodoh pada 2020 bersama seorang guru, Mohammad Azlan Che Noh.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dirai meriah, puluhan jambangan bunga diterima mentor usahawan, Datuk Wira Dr. Azizan yang menerima Ijazah Doktor Falsafah (PhD) Pentadbiran Perniagaan dari Asia E Universiti (AeU), Sabtu, pada hari graduasinya.
Apresiasi itu dilakukan oleh komuniti usahawan Titan yang menghadiri majlis graduasi untuk memberi sokongan selain tanda terima kasih terhadap Azizan yang telah berjaya membimbing mereka membina empayar perniagaan jutaan ringgit.
“Saya takut hari ni bab inilah. Saya dah cakap dengan team saya kalau yang datang setiap seorang bawa bunga, kita dah boleh buka kedai bunga.
“Sangat luar biasa, saya amat berterima kasih kepada Titan kerana mengambil kesempatan meluangkan masa.
“Saya sangat bangga dan tersentuh kerana bukan hari-hari pun kita ada konvokesyen apatah lagi ini PhD yang pertama yang saya terima di Malaysia,” katanya.
Berbicara tentang ilmu, meski sudah melahirkan ramai usahawan berstatus jutawan, namun itu tidak bermakna dia sudah hebat dan tidak perlu lagi mengasah pengetahuan akademik.
Matlamat beliau adalah untuk mempersiap diri agar terus dapat memberi nilai dan panduan berkesan kepada usahawan khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di dalam serta luar negara.
“Pengiktirafan dan kelulusan pendidikan yang diterima bukan semata-mata untuk diri sendiri, tetapi diberikan kembali kepada orang ramai terutama usahawan dan organisasi,” katanya selepas menerima ijazah kedoktoran itu sempena konvokesyen AeU di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTCKL).
Dr. Azizan yang bersyukur dengan pengiktirafan itu berkata, banyak rancangan mengembangkan dan membantu usahawan-usahawan kecil di Malaysia dan beliau berharap dapat menjalinkan lebih banyak kerjasama dengan kerajaan bagi membantu usahawan-usahawan khususnya di luar bandar.
“Ada banyak perkara yang kerajaan lakukan yang saya rasa kita boleh bekerjasama untuk sokong. Contohnya usahawan desa di luar bandar, kita ada training understanding expertise, yang saya rasa kita boleh bantu ramai mereka di luar sana jika boleh bekerjasama dengan lebih baik bersama kerajaan,” katanya lagi.
Menjawab soalan kecemerlangan di dalam bidang akademik dan empayar perniagaan beenilai jutaan ringgi, beliaupercaya membuatkan ibunya, Hajah Mariah Ahmadbahagia asbab kepada nikmat rezekinya hari ini.
“Biar betapa sibuknya saya, saya ada KPI (Petunjuk Prestasi Utama) dengan emak saya iaitu emak saya mesti happy!
“Kalau saya lama tak jumpa emak, saya akan cari jalan untuk bertemu dia. Saya juga pastikan emak gembira misalnya melakukan sesuatu yang dia suka, berbuat baik kepada orang yang dia sayang.
“Contohnya bulan lalu saya sangat sibuk di Switzerland tapi sebaik saja pulang ke Malaysia, saya terus rencanakan percutian bersama emakselama 3 hari di Singapura. Saya juga ada KPI dengan isteri saya, malah sentiasa mencari masa untuk bersama dia dan anak-anak,” katanya.
Beliau menambah lagi, hasratnya yang sentiasa ingin membahagiakan ibu, merupakan jawapan mengapa beliau juga mudah menghadam ilmu sekaligus cemerlang dalam bidang akademik.
“Doa emak saya power! Doanya untuk anak-anak sangat luar biasa. Ada perkara yang sayabrasa tak boleh dan minta emak berdoa, pasti Allah SWT permudahkan,” katanya.
Menyantuni kehidupan dengan berpegang pada dua perkara iaitu mencari keberkatan dan menjaga hubungan dengan orang sekeliling, merupakan jambatan rezekidalam perniagaannya.
Terdahulu, beliau telah menduduki peperiksaan bagi Chartered Institute of Management Accountants (CIMA) dan lulus pada April lalu.
Malah beliau turut dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Managepay Systems Bhd. (MPay) sebagai Pengarah Bukan Bebas.
Dr. Azizan berkata, beliau bersama RichWorks juga sudah 15 tahun dalam membimbing usahawan dan ia merupakan kecintaan dirinya untuk melihat transformasi kejayaan seseorang usahawan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Usahawan Ezwan Zain mengulas mengenai majlis resepsi hari bahagianya bersama isteri tercinta, Erra Fazira, pada Sabtu.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu juga turut mengulas...