Bob Lokman Dilaporkan Meninggal Dunia, Al-Fatihah…

Share

Pelakon, pelawak dan penulis lirik terkenal, Bob Lokman dilaporkan meninggal dunia di kediamannya di Kota Bharu, Kelantan pada Jumaat.

Perkara ini disahkan isteri Allahyrham Relawati Daud ketika dihubungi rakan rapatnya, Datin Marlia Musa sekitar jam 3 petang tadi, memetik Awani.

“Saya baru dapat berhubung dengan isterinya dan dia mengesahkan pegawai kesihatan masih berada di kediaman mereka untuk pengesahan kematian,” kata Marlia.

Bob atau nama sebenarnya Mohd Hakim Lokman, merupakan penulis lirik kumpulan legenda tanah air termasuk Isabella d

an Taman Rashidah Utama dan banyak lagi.

Bob sebelum ini pernah dimasukkan ke hospital untuk mendapatkan rawatan akibat komplikasi jantung.

Astro AWANI sedang mengesahkan punca kematian Allahyarham.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Sementara itu, rakan selebriti menerusi media sosial masing-masing mulai memberikan penghormatan terakhir seterusnya mendoakan semoga roh Allahyarham ditempatkan di kalangan mereka yang beriman, al-Fatihah.

Sumber : Astro Awani

IKLAN