Semenjak berlakunya penularan wabak Covid-19, ramai di antara kita yang terjejas pendapatannya dek keadaan ekonomi yang tidak menentu.
Bagi meringankan beban, terdapat pelbagai badan-badan bukan kerajaan serta pihak persendirian yang tampil bagi menghulurkan sumbangan.
Menerusi perkongsi di laman Instagram, pengacara, Iesya Toh memaklumkan akan memberi sumbangan berupa minyak petrol kepada 100 penunggang motosikal di Lembah Klang.
Ads
Menurutnya, sesi penyerahan sumbangan tersebut bakal berlangsung di Stesen Minyak Petronas, Jalan Tun Razak pada jam 2.00 hingga 4.00 petang.
Selagi tak cuba, kita tidak akan pernah tahu. Meski pun kadang kala kita merasakan sesebuah perkara tersebut di luar kemampuan kita, berkat semangat juang dan keazaman yang tinggi segalanya pasti tak mustahil.
Itulah yang cuba disampaikan oleh pelakon muda, Harris Annuar apabila dia berjaya menamatkan kayuhan sejauh 540 KM bermula dari rumahnya sehingga ke Pulau Langkawi.
Menurut Harris, dia berasa sangat berbangga dengan pencapaian tersebut kerana menyifatkan hanya dia sahaja daripada golongan artis yang berjaya menyempurnakan cabaran ‘gila’ tersebut.
“I guess im the only local celeb that done this shit!I deserved congratulations from every single of you! Langkawi from Home
#540KM #BangkitBotak,” tulisnya.
Entri berkenaan dikongsikan oleh pemenang tempat ketiga Hero Remaja 2017 itu menerusi akaun Instagram miliknya.
Video berdurasi hampir 20 saat tersebut ternyata menarik perhatian ramai pihak selepas meraih hampir 300,000 tanda suka selain turut dihujani ratusan komen.
Malah, Harris turut berkongsi perjalanan kayuhan selama tiga hari itu menerusi story highlight ruangan Instagram miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan artis berasa sangat kagum dengan pencapaian tersebut selian turut menitipkan ucapan tahniah buat Harris.
Sebelum ini, anak kepada usahawan kosmetik terkenal, Zaiton Hassan atau lebih dikenali sebagai Kak Ton ini pernah melakukan cabaran yang sama apabila berbasikal sejauh 375KM dari rumahnya sehingga ke Cherating, Pahang.
Sumber: Instagram Harris Annuar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Persembahan memukau yang dibawa Cliff Umar pada pentas akhir melayakkan beliau dinobatkan sebagai juara Gegar Vaganza musim ke-7 (GV7) malam tadi.
Menerusi persembahan konsisten dalam pusingan akhir, saingan pentas akhir sebentar tadi menyaksikan vokalis kumpulan Project Pistol menewaskan enam bintang lain menerusi pusingan solo, duet dan battle.
Kemenangan itu membolehkan beliau membawa pulang wang tunai berjumlah RM100,000, berserta Anugerah Power Miaw secara autotmatik.
Naib juara pula disandang oleh Mus dan sekali gus melayakkannya untuk menerima hadiah wang tunai RM50,000 dan piala.
Tempat ketiga dimenangi Ayu Damit yang membawa pulang wang tunai RM30,000, sementaraNoraniza Idris dan Linda Nanuwil masing-masing tempat keempat dan kelima.
Mereka membawa pulang hadiah wang tunai sebanyakRM20,000 dan RM15,000.
Oja pula ditempat keenam dan Ashira tidak pulang dengan tangan kosong, akur di kedudukan terakhir dengan wang RM5,000.
Pentas akhir GV2019 diadili juri tetap, Datuk Ramli MS dan Datuk Khatijah Ibrahim bersama dua juri jemputan,Datuk Syafinaz Selamat dan Joe Flizzow.
Program realiti hiburan tahunan yang dihoskan Nabil Ahmad dan Jihan Muse itu disiarkan secara langsung dari Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).
GV sebelum ini telah menobatkan Ayai Ilusi, Siti Nordiana, Azharina, Aishah, Noryn Aziz, Naqiu serta Hadi Mirza sebagai juara musim terdahulu.
GV2020 bersiaran secara langsung setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104) dan Ria HD (saluran 123).
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas kira-kira tiga tahun menyimpan rahsia penyakit misteri yang dihadapi anaknya, biduanita Uji Rashid, akhirnya membuat pendedahan ekslusif mengenai kisah malang yang menimpa pelakon, Cico Harahap, 41.
Menerusi program Telekung Talk yang merungkai topik Jawapan atau Ujian? yang bersiaran selama 1 jam di platform Facebook rasmi Muhayya Momentum dan serentak di akaun peribadi Datuk Dr Prof Muhaya jam 5 petang semalam (Khamis), bintang yang sinonim dengan lagu Semakin Hari Semakin Sayang itu mengesahkan bahawa Cico bukanlah disihir.
Sebaliknya, Uji mendakwa Cico telah diracun oleh sekumpulan kawan ketika menghadiri sebuah majlis hari jadi tidak lama dulu.
“Buat pertama kali saya mendedahkan perkara ini secara terbuka. Terdapat pelbagai versi cerita dan desas- desus mengenai keadaan anak saya.
“Sebenarnya Cico bukanlah disihir tetapi diracun oleh rakan-rakannya. Menurut doktor beberapa jenis racun telah dicampur ke dalam gelas minumannya.
“Racun yang diberi itu sebenarnya boleh membunuh dalam masa empat jam, tetapi dengan kuasa Allah SWT, Cico masih diberikan umur yang panjang sampai hari ini,” katanya.
Tambah Uji lagi, melalui cerita yang disampaikan kepadanya, Cico dikatakan rebah sebaik minum minuman itu dan ditinggalkan tanpa bantuan dan hingga kini, beliau tidak tahu siapa yang menghantar anaknya pulang ke rumah.
“Saya masih ingat Cico muntah-muntah dan wajahnya dipenuhi darah. Berhari-hari dia terlantar sakit di atas katil. Masa itu saya hanya berserah dan memohon petunjuk daripada Allah SWT.
“Satu hari Cico bangun tetapi dia hanya diam apabila ditanya. Dia tidak kenal saya mahupun anaknya sendiri. Bila ditanya doktor siapa nama, dia jawab Pikee.
“Saya difahamkan racun itu memberikan kesan terhadap otak, organ dalaman dan kotak suaranya. Walau apapun, saya bersyukur Cico sudah semakin pulih, meskipun dia kini mengalami masalah pertuturan, tidak lagi mampu membaca dan menulis dengan baik,” katanya.
Sepanjang tiga tahun mengharapkan agar Cico segera sembuh, banyak perkara memilukan terjadi. Antaranya, Cico tidak lagi mampu bekerja dan Uji sendiri terpaksa menolak tawaran menyanyi kerana terpaksa menjaga anaknya itu.
“Hidup kami memang susah, hanya SWT sahaja yang tahu. Saya, Cico dan cucu, Rindu, pernah dihalau dari rumah sewa dalam keadaan sehelai sepinggang. Kami terpaksa menginap di hotel bajet selama berbulan-bulan.
“Namun ada seorang peminat yang baik hati memberi kami tempat berteduh. Bagaimanapun tahun lalu, atas bantuan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, kami ditempatkan di Projek Perumahan Rakyat (PPR),” katanya.
Meksi dugaan yang menimpanya tidak tertanggung, namun beliau percaya berkat menjaga arwah ibunya, ia banyak membantunya menghadapi saat sukar ini.
Sementara itu, Datuk Dr Prof Muhaya yang juga kelihatan sebak mendengar cerita Uji, merungkai topik “jawapan atau ujian” agar orang ramai sentiasa positif dalam mengharungi dugaan hidup.
“Perkongsian dari seorang ahli sufi, pesanan daripada sorang wali Allah SWT, meminta kita melakukan dua perkara di mana setiap hari kita perlu membaca dan berkaca. Membaca maksudnya di sini melihat keluar kehidupan orang lain. Satu lagi berkaca, di mana ahli sufimengatakan seorang mukmin itu cerminan kepada mukmin yang lain.
“Kita membaca melihat kehidupan orang lain dan berkaca melihat diri sendiri yang kita panggilintrospeksi diri. Apabila kita ada masalah banyak orang akan membaca. Saya jadi macam begini sebab orang ini atau kita panggil mangsa kehidupan.
“Dari segi saintifiknya siapa berada dalam keadaan ini, mereka berada zon sengsara. Cara untuk kita naik ke zon yang atas, kita haruslah berkaca diri di mana kita menerimaujian ini kerana takdir Allah SWT yang sudah tertulis di dalam Luh Mahfuz.
“Kita diberi dua kelebihan boleh melihat dengan mata nafsu dan mata hati. Jika dengan mata nafsu, kita akan merungut dan menyalahkan keadaan. Mata hati pula MasyaAllah, kita berdoa bagaimana ujian ini membuatkan kita lebih dekat pada Allah SWT dan berakhlak baik kepadaNya,” katanya.
Prof Muhaya menambah, apabila seseorang melangkah momen taubat, bersyukur, sabar, redha, mereka telah mencapai tahap lebih tinggi. Maka masa itu kita dapat mempertingkatkan garis sengsara kepada biasa, seterusnya produktif kepada luar biasa.
“Justeru itu bagi sesiapa yang menghadapi apa sahaja masalah anda perlu mengatasinya dengan mendekatkan diri kepada Allah SWT,” katanya.
Program Telekung Talk kendalian pengacara Abu Talib Husin yang diterbitkan sejak tiga tahun lalu dan pernah menampilkan selebriti seperti Neelofa, Lisa Suruhani dan Fazura.
Bagaimanapun edisi Telekung Talk kali ini cukup istimewa kerana ia diadakan bersempena pembukaan butik serta koleksi baharu Muhayya Magical yang bakal dilancarkan secara rasmi pada 2 Januari 2021.
Antara produk yang akan dilancarkan adalah telekung dan khimar, bagimempersiapkan wanita dalam keadaan sempurna saat menunaikan ibadah solat. Kesemua produk ini boleh didapati menerusi laman web, www.muhayyamagical.com.
Pada majlis sama, satu kejutan majlis ulang tahun ke-12 puteri tunggal Cico Nur Fitrah turut diadakan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Juri tetap Gegar Vaganza 12 (GV12), Datuk Syafinaz Selamat menafikan dakwaan kononnya dia sengaja menyentuh isu peribadi ketika memberikan komen kepada penyanyi, Nubhan Ahamad yang membawakan lagu ‘Niat Hati Tak Nak Nerpisah’, malam tadi.