Bintang Oh My English, Akhmal Nazri Selamat Bertunang Dengan Lisa AF 2015

Share

Tahniah diucapkan kepada hos dan pelakon Akhmal Nazri yang telah pun selamat mengikat tali pertunangan dengan penyanyi kelahiran AF2015, Allyssa Joanne.

Difahamkan, majlis tersebut telah dilangsungkan pada 25 November lalu dan berita gembira itu dimaklumkan bintang yang sinonim watak Jibam menerusi drama Oh My English itu di Instagram.

Akhmal mengikat tali pertunangan selama setahun sebelum disatukan pada penghujung tahun hadapan.

Foto: Instagram Akhmal Nazri & Lisa

IKLAN