Bintang K-pop dan aktres popular, Nana, kini dirawat di hospital selepas berjaya menumpaskan seorang penceroboh bersenjata yang menceroboh kediamannya di pinggir Seoul, awal pagi Sabtu.
Menurut laporan, lelaki berusia lingkungan 30-an berkenaan dipercayai memasuki kediaman tersebut sekitar pukul 6 pagi dengan niat samun sebelum berlaku pergelutan. Insiden cemas itu turut melibatkan ibunya yang berada bersama beliau ketika kejadian.
Dalam usaha mempertahankan diri, Nana bersama ibunya bertindak menghalang suspek sehingga usaha penceroboh itu berjaya digagalkan sebelum pihak berkuasa tiba di lokasi.
Ads
Polis Guri kemudiannya menahan suspek dan mengesahkan lelaki itu disiasat atas kesalahan rompakan bersenjata. Ekoran pergelutan yang terjadi, Nana mengalami kecederaan manakala ibunya yang pengsan. Kedua-dua mereka menerima rawatan susulan di hospital
Setakat ini, agensi yang mewakili bekas anggota kumpulan After School itu belum mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung insiden berkenaan. Namun sumber memaklumkan keadaan Nana dan ibunya stabil serta memerlukan masa untuk pulih sepenuhnya.
Ads
Insiden tersebut mencetuskan kebimbangan dalam kalangan peminat dan pemerhati industri hiburan Korea yang menyifatkan kejadian itu sebagai amaran mengenai isu keselamatan selebriti.
Sedikit info, Nana, atau nama sebenarnya Im Jin-ah, merupakan antara selebriti Korea Selatan yang memiliki kerjaya serba boleh. Beliau mula dikenali sebagai anggota kumpulan After School serta sub-unit Orange Caramel yang popular dengan lagu-lagu bergenre pop eksentrik.
Ads
Selain bakat dalam nyanyian, Nana turut membina reputasi kukuh sebagai pelakon. Antara drama yang melonjakkan namanya termasuk The Good Wife (2016), Kill It (2019), Justice (2019), Into the Ring (2020) dan Mask Girl (2023).
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi TikTok, Instagram, Facebook & Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Nora Danish terus mencuri perhatian apabila tampil mempesona dengan imej berhijab sejak Julai 2024.
Penampilannya yang sopan namun kekal bergaya membuktikan bahawa wanita berhijab juga mampu berfesyen dengan penuh keanggunan dan keyakinan.
Melangkah ke dalam pesona Amber Oasis 2.0: Mirage, jenama fesyen Amber menampilkan koleksi yang menggabungkan keindahan padang pasir dengan sentuhan moden yang sofistikated.
Diilhamkan daripada kelembutan alunan pasir dan misteri miraj, setiap helaian dalam koleksi ini menyerlahkan keanggunan semula jadi serta femininiti yang halus.
Menurut Pemilik Amber dan Ketua Pegawai Eksekutif Usanita, Datuk Adzliana Hasan, koleksi ini bukan sekadar memperkenalkan rekaan baharu, tetapi membawa mesej bahawa setiap wanita berhak untuk tampil anggun dan yakin dengan cara tersendiri.
“Amber Oasis 2.0: Mirage adalah lambang wanita moden yang berani, lembut dan penuh karakter. Kami mahu wanita berasa selesa dalam setiap helaian tanpa perlu berkompromi dengan nilai kesopanan.
“Fabrik yang digunakan juga dipilih dengan teliti supaya sesuai dipakai sepanjang hari tanpa rasa panas atau melekat di badan,” katanya.
Datuk Adzliana menambah, nama Mirage dipilih kerana menggambarkan ilusi dan bayangan indah seperti sesuatu yang tampak jauh namun mempesona, sama seperti pesona seorang wanita yang penuh rahsia dan daya tarikan tersendiri.
“Setiap potongan direka untuk meraikan keanggunan wanita daripada pelbagai latar usia dan personaliti. Ia adalah penghormatan kepada wanita yang kuat tetapi tetap lembut dalam gaya dan tutur,” jelasnya.
Dalam pada itu, tiga koleksi utama diperkenalkan di bawah Amber Oasis 2.0: Mirage, masing-masing membawa karakter berbeza yang meraikan keanggunan wanita moden iaitu Bella, Laila dan Medina.
Menggunakan fabrik ringan dan mudah digosok, koleksi ini memberi keselesaan maksimum tanpa mengorbankan gaya sekali gus meraikan keanggunan, kekuatan dan misteri seorang wanita.
Sementara itu, Nora Danish yang menjadi wajah utama kempen ini turut menzahirkan rasa bangga apabila dapat mewakili jenama yang meraikan keindahan wanita berhijab tanpa meninggalkan elemen fesyen.
“Saya percaya berhijab bukan penghalang untuk tampil bergaya. Apa yang penting ialah keselesaan dan keaslian diri.
“Koleksi ini juga sangat dekat dengan jiwa saya kerana ia memadukan kesederhanaan dengan keanggunan moden,” katanya lagi.
Pelancaran Amber Oasis 2.0: Mirage – A Secret by The Desert menandakan kesinambungan kejayaan Amber dalam memperkukuh kedudukannya sebagai jenama fesyen tempatan yang terus melangkah ke pentas antarabangsa melalui rekaan elegan, eksklusif dan bermakna buat setiap wanita.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sekian lama menghilang daripada radar industri hiburan tanah air, penyanyi rap Malique Ibrahim seakan memberi bayangan bahawa dirinya bakal hadir ke konsert Gen KRU The Finale yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil, Sabtu ini.
Menerusi hantaran terkini di Instagram, Malique dilihat berkongsi foto tiket konsert tersebut yang memperlihatkan dirinya bakal berada di zon berdiri.
Malah, Malique turut memaklumkan sudah agak lama juga dia tidak hadir ke acara seperti ini.
“Sudah agak lama. Jumpa anda Sabtu ini,” tulisnya ringkas.
Hantaran tersebut turut mendapat respon daripada salah seorang anggota KRU, Datuk Yusry Abdul Halim.
“Cun bro! Jumpa Sabtu ini,” balas Yusry.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen teruja dengan perkongsian tersebut selain turut berharap agar mereka dapat bertemu dengan Malique di konsert itu nanti. Antaranya;
“Yay, harap-harap dapat jumpa dua idola dalam satu konsert. KRU dan Malique.
“Entah-entah KRU akan featuring dengan Malique.”
“Tahu-tahu Abang Malique comeback dengan KRU. Satu stadium pasti akan gemuruh walaupun hanya cameo.”
“Selamat kembali Mr. General.”
Selain teruja, ada juga netizen yang memahami dan akan terus menghormati pendirian Malique yang memilih untuk tidak terlihat berada di khalayak.
“Yang jumpa jangan ambil gambar curi-curi dan post di media sosial.”
“Mr. General kena standby. Orang-orang dekat sana pasti akan serbu.”
Sejak akhir-akhir ini, ramai yang meramalkan Malique bakal membuat kemunculan semula selepas dia dilihat kembali aktif di media sosial.
Lebih menguatkan spekulasi, taikun konsert, Iman Thang yang juga penganjur bagi konsert Gen KRU The Finale turut dilihat ada beberapa kali berkongsi hantaran berkaitan Malique di Instagram miliknya.
Susulan itu, ramai mulai membuat spekulasi dengan menjangkakan Malique bakal membuat comeback dan mengadakan konsert tidak lama lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meskipun menjadi antara peserta terawal tersingkir, penyanyi Dato’ Elaine Kang akui tidak menyangka mampu bertahan sehingga konsert minggu keempat Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12), malam tadi.
Menurut Elaine, dia tidak meletakkan harapan tinggi sepanjang pertandingan kerana niat asalnya hanyalah untuk mengubat kerinduan peminat yang sudah lama tidak melihatnya beraksi di atas pentas besar.
“Saya sertai GV12 ini kerana rindu nak bertemu dengan peminat. Pada awalnya, saya hanya nak bertanding untuk satu minggu sahaja tapi rezeki saya mampu bertahan sehingga minggu keempat.
“Selama tempoh tersebut, saya sudah cuba menyanyi dan buat persembahan yang terbaik. Seperti yang ramai tahu, tahap kesihatan saya juga tidak berapa mengizinkan.
“Doktor pun sudah arahkan untuk saya berhenti dan tidak boleh bertanding lagi,” katanya kepada MH.
Elaine berkata demikian ketika ditemui selepas berakhir konsert minggu ke-4 GV12 di Auditorium MBSA, Shah Alam pada Ahad.
Penyanyi lagu Maafkan Aku itu turut mengakui tidak mampu menahan sebak mengenangkan minggu tersebut menjadi pentas terakhirnya di GV12.
“Sebelum saya mula menyanyi pada malam tadi, air mata saya hampir mengalir. Namun, saya tahan. Saya tak mahu rosakkan persembahan pada malam ini.
“Saya jadi agak sebak kerana saya tahu ini merupakan malam terakhir saya buat persembahan di pentas GV12.
“Kalau saya tidak tersingkir malam ini, saya akan tetap tarik diri,” kongsinya lagi.
Ditanya sama ada dia akan terus aktif di kaca televisyen selepas ini, Elaine memaklumkan dia berhasrat untuk mengadakan mini konsert jika keadaan mengizinkan.
“Saya seorang yang bersemangat tinggi, berani dan kuat. Jika tiada aral melintang, saya akan kembali aktif menyanyi.
“Siapa tahu, mungkin tahun hadapan saya akan buat mini konsert. Biarlah masa dan tuhan yang menentukan,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Elaine buat masa ini tidak mahu mengulas lanjut berkaitan keadaan kesihatannya.
“Bermula esok (hari ini), saya akan mula buat temu janji untuk berjumpa dengan tiga orang doktor. Saya enggan berkongsi lanjut mengenai kesihatan saya. Saya tak nak orang risau.
“Jika satu hari nanti, sudah tiba masanya untuk saya berkongsi kepada umum, saya akan adakan sesi sidang media.
“Buat masa sekarang, doakan sahaja kesihatan saya. Janji dengan saya, kalian semua juga perlu jaga kesihatan,” akhirinya.
Pada malam tersebut, Elaine yang berduet bersama penyanyi Dia Fadila menerusi lagu Yesterday Once More gagal menambat hati juri, sekaligus berada di kedudukan terendah dengan markah 46.75%.
Turut tersingkir ialah Shy8 yang berada di kedudukan ke-12 dengan 52.00%.
Tempat pertama pula diungguli oleh penyanyi Singapura, Iskandar Ismail bersama rakan duet Liza Aziz menerusi lagu I Want To Spend My Lifetime Loving You dengan markah tertinggi 84.25%.
GV12 bersiaran langsung dari MBSA Shah Alam setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (104), bermula 2 November 2025 selama 12 minggu.
Ia turut boleh distrim melalui On Demand di Astro GO dan sooka.
Musim ini mempertaruhkan 13 bintang Iaitu Nubhan, Mark Adam, Datuk Elaine Kang, Krisya, Korie, Rahmat Ekamatra, Mell Sakura dan Freshies (Ejie & Shima)
Shae, Ruri Repvblik, trio Mendua (Pungky, Sasha & Diana) dari Indonesia turut berada dalam senarai bersama wakil Singapura Iskandar Ismail sementara SHY8 pula tampil sebagai peserta wildcard.
Barisan juri terdiri daripada Datuk Syafinaz Selamat, Hetty Koes Endang dan Datuk Ramli MS dengan Nabil Ahmad dan Sherry Alhadad selaku pengacara.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Baiknya hati Dato’ Elaine Kang bila dia sudi agihkan patung Labubu kepada para penonton dan juga juri sebagai tanda penghargaan dan kasih sayang malam tadi💝✨ Menurutnya, idea untuk menggantung Labubu pada busananya datang daripada pereka fesyennya dan tanpa ragu, dia terus bersetuju kerana melihat keunikannya yang tersendiri 🧸 Lebih manis, hampir 40 patung Labubu dibawa khas semata-mata untuk dikongsi bersama ♥️ Tidak hairanlah Elaine sering menjadi perhatian ramai kerana sentiasa tampil dengan persalinan ‘out of the box’ dan penuh kreatif sepanjang perjuangannya di pentas GV12 🎤💃
Mengambil keputusan untuk berhijab pada Oktober tahun lalu, pelakon Amyza Aznan menyifatkan segala yang berlaku sebagai perancangan Allah yang sangat indah, selain mengakui hidayah boleh hadir pada bila-bila masa.