Bintang BTS, Kim Namjoon Dinobat Lelaki Paling Kacak Di Dunia Mengalahkan Henry Cavill?

Share

Baru-baru ini warganet telah menimbulkan kekecohan dek rata-rata mereka tidak berpuas hati apabila kononnya ketua kumpulan BTS, Kim Namjoon atau lebih popular digelar RM telah dinobat sebagai lelaki paling kacak di dunia mengalahkan pelakon Hollywood, Henry Cavill.

Ekoran berita tersebut, ramai mengeluarkan kenyataan berbaur perkauman terhadap ahli kumpulan K-Pop popular Korea Selatan itu dan akhirnya, pergaduhan antara kedua-dua  pihak peminat menjadi tumpuan.

Walau bagaimanapun rupa-rupanya, RM dan Henry Cavill bukanlah berada dalam senarai dua teratas bagi kategori Lelaki paling Kacak Di Dunia 2022, sebaliknya perkara itu hanayalah khabar angin yang akhirnya mencetuskan kontroversi.

Isu mendapat perhatian pemilik dan pengasas senarai tersebut iaitu TC Candler dan The Independent Critics. Organisasi tersebut memang terkenal menerusi senarai individu paling kacak dan cantik di dunia. Sebelum ini, ahli BTS V dan Jungkook telah pun terlebih dahulu berada di dalam carta.

BACA JUGA: Tak Kalah Gaya, Ini 10 Stail Selebriti Wanita Popular Di Kuala Lumpur Fashion Week 2022

Demi meredakan keadaan, satu kenyataan dikeluarkan bagi memberitahu bahawa senarai pemenang tahun ini hanya akan diumumkan pada bulan Disember. Mereka selanjutnya menjelaskan bahawa RM mahupun Henry Cavill tidak pernah berada dalam lima senarai teratas mereka sebelum ini.

“Bagi mereka yang telah bertanya dan menyebarkan meme. Tidak, kami belum mengeluarkan senarai 2022 lagi. Kami hanya mengeluarkan senarai 100 teratas pada akhir Disember.Kami juga menyukai kedua-dua mereka, RM dan Henry Cavill, walau bagaimanapun kedua-duanya tidak pernah dinobatkan sebagai pemenang atau berada dalam kedudukan Top 5.

“Tiada apa-apa yang diputuskan lagi untuk keputusan tahun 2022, undian hanya akan dilakukan pada bulan Disember. Jika anda melihat meme atau berita yang melayang di media sosial, sila abaikan dan jangan kongsi,” tegas organisasi tersebut menerusi kenyataan rasmi mereka.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

IKLAN