Bintang Bling Empire, Anna Shay Meninggal Dunia Pada Usia 62 Tahun Akibat Strok

Share

Bagi anda yang merupakan pelayar tegar Netflix, pasti kenal dengan Anna Shay yang merupakan salah seorang bintang utama siri realiti popular platform itu, Bling Empire.

Wanita berusia 62 tahun itu telah disahkan meninggal dunia oleh keluarganya. Dalam perkongsian keluarganya kepada pihak media, mendiang Anna meninggal disebabkan serangan strok.

“Sungguh menyedihkan hati kami untuk mengumumkan bahawa Anna Shay, seorang ibu yang penyayang, nenek, bintang berkarisma yang selama ini menyinari kami bak matahari yang benderang telah meninggal dunia pada usia 62 tahun akibat strok.

“Anna mengajar kami tentang kehidupan bagaimana untuk tidak menjadi terlalu serius dan menikmati perkara yang lebih baik. Impak yang diberinya dalam hidup kami akan selamanya dirindui tetapi tidak sesekali dilupakan,” kongsi keluarga mendiang Anna dalam satu kenyataan media.

Telah disiarkan sebanyak tiga musim, mendiang Anna antara personaliti utama menghiasi siri Blig Empire yang mengetengahkan kehidupan golongan socialite

keturunan Asia di Amerika Syarikat.
Mendiang Anna bersama anaknya, Kenny Kemp.

Merupakan anak kacukan Rusia- Jepun seorang, Anna hidup sebagai socialite yang mewarisi kekayaan keluarga. Bapanya, merupakan pengasas firma Pacific Architecs and Engineers, sebuah kontraktor global untuk perkhidmatan pertahanan Amerika sejak tahun 1960-an.

Dilahirkan dalam keluarga kara raya, Anna bukanlah seorang yang dahagakan populariti. Mendiang pernah berkongsi bahawa dia sendiri tidak menyangkakan dirinya mendapat perhatian ramai menerusi siri tersebut.

Walaupun merupakan personaliti paling berusia, mendiang Anna dilihat sebagai seorang yang lantang bersuara dan tidak gentar menyuarakan pendapatnya. Dek kerana itu, dia menjadi antara bintang Bling Empire paling popular.

++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan

 

 

 

 

IKLAN