“Bini Saya Baru Admitted Akibat Pendarahan Dan Dia Baru 27 Minggu Hamil,” – Dr. Say Shazril Kongsi Pengalaman Cemas

Share

Instafamous yang juga doktor viral, Dr. Say Shazril ada berkongsi mengenai perkembangan terkini kandungan anak pertamanya, selain berkongsi pengalaman cemas baru-baru ini.

Menerusi posting terbaru di Instagram, Say memberi isteirnya Dr. Azura Abas sebenarnya baru sahaja dimasukkan ke wad akibat pendarahan meski baru 27 minggu hamil.

“Bila sekali pandang gambar ni mesti korg nk ucapkan tahniah sb salu yg pakai baju ni mostly tunggu masa nak bersalin atau telah pun bersalin. But this is not d case for my bini.

“Mungkin some of u dont know yg bini sy baru saja admitted akibat pendarahan & dia baru 27 minggu pregnant. Yes, pendarahan adalah salah satu nightmare baik kpd ibu mengandung malah kpd bapa yg menanggung,” kongsinya.

Malah Say turut memberitahu pada awal mengetahui isterinya hamil, dia yakin bahawa kandungan isterinya itu sudah cukup kuat tetapi jangkaannya sikap.

“Masa bini sy berjaya pregnant dlu, sy konfiden yg baby sy akan strong spnjng pregnancy, sb sy pikiaq bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian, but i was wrong. 1st time bini bleeding kami cuak gila, bini siap tgk youtube ibu2 yg bleeding mostly baby mrk lahir pra matang atau baby xberjaya survive. Bini terpsiko, sy terduduk bang.

“Yelah sb kami dh masuk 2nd trimester & mengikut statistic, percentage keguguran 2nd trimester jauh lebih rendah berbanding mrk yg 1st trimester yakni kurang daripada 1%.

“Ditambah pulak kami dh dpt tgk iras muka baby kami yg selama ni kami nantikan & terbayang if anything bad were to happen to him, berlinang air mata bini, basah bahu suami menanggung bang.

“Maka kami bergegas ke PAC (kecemasan bagi wanita mengandung 24 minggu ke atas) tuk mencari punca pendarahan sb bini ckp perutnye xsakit langsung, xde mengeras & baby gerak kuat seperti biase. Dah knape berdarah & pendarahan datang dari mane? Powm, sambung part 2 nnt k peeps,” tulisnya panjang lebar.

Perkongsian seterusnya akan dikongsi doktor berkenaan menerusi posting terkininya.

Teedahulu, pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2014 lalu.

Foto: Instagram Say Shazril

IKLAN