Artis versatil, Didie Alias mengakui mengambil peka soal penampilan dirinya untuk sentiasa tampak menarik setiap kali menghadiri pelbagai majlis.
Sebagai selebriti yang sentiasa menjadi perhatian ramai, pelakon berusia 49 tahun ini berkata dia amat menitikberatkan soal penampilan memandangkan yang ditampilkan menjadi perhatian umum.
“Daripada awal penglibatan dalam industri seni ni, kalau keluar pun memang kena jaga kita punya keterampilan tetapi harus bersesuaian dengan situasi keadaan atau tempat.
“Jadi, kita kena berhati-hati dengan apa yang kita pakaiz Sekarang, orang biasa bukan selebriti pun jaga keterampilan sebab kadang-kadang, pemakaian kita pun menjadi ikutan. Jadi sebab tu kita kena tunjuk benda yang bagus kepada mereka,” katanya.
Ads
Malah, bintang drama bersiri Cukup Derita Itu ini juga akui dia sebenarnya gemar bergaya ringkas dan apa yang dikenakan bergantung kepada majlis yang dihadiri.
“Macam sekarang, bila dah nak masuk umur 50 ni, saya hanya obses dengan penampilan pada masa-masa tertentu sahaja. Contohnya bila hadiri majlis yang ada tema, konsep dan sebagainya baru kita kena ikut.
Ads
“Sebenarnya, kalau hari-hari biasa saya seorang yang sangat ringkas kadang-kadang tu saya cuma pakai baju-t dengan ‘lengging’ sahaja. Tak adalah pula kalau keluar nak pergi pasar pakai gaun,” selorohnya bersama penonton.
Ads
Didie telah mendedahkan perkara tersebut ketika diundang sebagai tetamu jemputan untuk berkongsi pendapat mengenai topik ‘Obses Penampilan’ di Wanita Hari Ini, TV3, baru-baru ini.
Foto: Instagram Didie Alias
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Baby Shima mendedahkan dia kini kian lega selepas menjalani sesi kaunseling bersama kaunselor sukarelawan, Muhamad Nabil Che Musa di Klinik Mental Prihatin di Rumah Prihatin @ Grand Seasons, Kuala Lumpur, semalam.
Menurut Shima atau Shima atau nama sebenarnyaNor Ashima Ramli, 26, dia sebelum ini hanya memendam perasaan sendiri selain kurang pendedahan mengenai rawatan hal berkaitan.
“Kalau ikutkan hati saya, awalnya saya tak mahu dapatkan khidmat ini. Tambahan pula saya kurang pendedahan mengenai rawatan ah mental sebelum ini.
“Bagaimanapun setelah dinasihati oleh seorang kawan rapat, akhirnya saya bersetuju untuk mendapatkan khidmat kaunseling di Rumah Prihatin. Rasa lega sikit selepas sesi tersebut.
“Selama ini saya cuma pendam seorang diri. Bila dah luahkan semuanya baru rasa lebih baik. Alhamdulillah, amat lega berdepan situasi sekarang. Cuma saya kena ulangi lagi sesi ini untuk kali kedua pada masa yang sesuai,” katanya.
Shima yang kini muncul menerusi single Lalai ini menjelaskan dia sudah tidak tahan dengan masalah tekanan perasaan yang dihadapinya akhir-akhir ini, susulan kecaman melampau yang diterima.
Meski dahulunya dia cuba bersabar berdepan kecaman begini, namun situasinya berbeza kini.
“Sampai ke tahap ini saya dah betul-betul lemah. Kadang-kadang rasa nak terima tapi sampai satu tahap rasa ‘down’.
“Saya bukan tak boleh nak ditegur. Saya boleh terima dan tak kisah tapi anda nak tegur kena tahu adabnya bagaimana. Jangan sampai memaki hamun. Banyak yang menegur tapi cara mereka amat keterlaluan sehingga tahap menghina saya,” luahnya lagi.
Jelasnya lagi, atas situasi yang berlaku doa pernah berdepan masalah sukar tidur dan konsentrasinya turut terganggu.
“Di rumah saya amat tertekan sampai kepala saya betul-betul rasa berat. Kadang-kadang rasa badan mengigil, lemah dan tak boleh tidur sehingga kesihatan terjejas.
“Berat badan turun mendadak. Dulu berat saya 45 kilogram ke atas, sekarang tak sampai 40 kilogram. Selera makan saya okay, tapi entah lah.
“Nak buat kerja pun tak boleh fokus. Nak hafal skrip yang senang pun tak boleh. Ia sangat mengganggu. Saya pun pelik. Apa yang saya buat sehingga orang terlalu mengecam sehingga melampau-lampau. Saya tak pernah kacau orang lain,” katanya.
Namun, Shima akui ada juga peminat yang menitipkan kata semangat selain mendoakan moga dirinya terus kuat.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Shaza Bae mengakui dia ada menerima gangguan ketika menjalani penggambaran drama seram komedi berjudul Jangan Ganggu Jodohku sebelum ini.
Shaza atau nama sebenarnya, Shaza Nuriman Mohamad Zamri berkata, dia berdepan pengalaman detik cemas itu ketika hari pertama penggambaran.
“Untuk memegang watak sebagai Aliza dalam drama ini, memang banyak babak misalnya saya rasuk dan sebagainya. Jujurnya sewaktu hari pertama jalani pengambaran iaitu untuk babak pembukaan cerita dalam episod satu, tidak dinafikan ia ada berlaku.
“Pada waktu itu saya berada di atas pelamin, sedang ingin berkahwin dan kemudian saya dirasuk. Tapi sebelum itu saya sudah mula berasa seram sejuk, macam tak sedap badan dan secara tiba-tiba rasa jantung berdegup kencang.
“Rasa sangat berdebar kemudian di babak itu kebetulan saya perlu menjerit. Jadi pada ketika saya menjerit tu, kemudian jeritan tersebut ‘terputus’ sebab saya rasa macam ada orang tarik tangan saya,” katanya.
Lalu, pelakon berusia 26 tahun ini menambah, sisi penggambaran untuk babak seterusnya terpaksa dihentikan seketika susulan ekoran kejadian itu.
“Saya dibawa masuk ke dalam bilik untuk dibacakan Ayat Kursi dan selepas itu saya menangis. Saya rasa sayu tapi tak tahu kenapa…rasa nak menangis sahajaz
“Selepas saya sudah bertenang, saya dengar seolah-olah ada bisikan di telinga dan mula rasa lain. Saya keluar dari bilik tersebut dan kami ambil keputusan untuk hentikan pengaambaran sebab keadaan seakan tidak terkawal,” katanya lagi.
Shaza berkongsi pengalaman tersebut pada sesi sidang media drama bersiri berkenaan yang diadakan secara virtual, pada Khamis.
Drama Jangan Ganggu Jodohku bakal memulakan siarannya setiap Isnin hingga Jumaat, jam 10 malam di slot Megadrama, Astro RIA bermula 29 November depan.
Selain Shaza, ia turut dibintangi pelakon Yusuf Bahrin, Amerul Affendi, Shah Iskandar, Sabhi Sadhi, Sherry Ibrahim dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Shaza Bae
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Meski belum pun dilancarkan secara rasmi, namun promosi awal kempen tudung bawal jenama MINAZ yang menampilkan aktres popular, Nora Danish mendapat kritikan netizen.
Ada netizen yang mengkritik gara-gara memilih ibu kepada dua cahaya mata itu yang ‘free hair’. Malah penampilan aktres berkenaan yang pernah didakwa pernah tampil seksi dilihat bertentangan dengan jenama kempen tudung berkenaan.
Lalu, pelbagai persoalan timbul termasuk kenapa perlu mengambil selebriti berpengaruh yang tidak berhijab untuk mempromosikan jenama tudung?
Nora tampil memberikan reaksi seterusnya mengakui sudah imun dan kebal dengan segala kecaman yang diterima.
“Menjayakan kempen tudung itu atau sebaliknya, saya percaya itu dinamakan rezeki. Saya juga percaya membuat sesuatu yang baik termasuk menjayakan jenama yang memerlukan pemakaian tudung ini tidak pernah ada salahnya.
“Mungkin suatu hari nanti, siapa tahu akan dibukakan hati saya ke arah itu (bertudung). Semua ini sama seperti kita mendoakan sesuatu yang diharapkan. Ini juga bukan kali pertama saya ditawarkan tugasan mempromosikan jenama tudung.
“Jadi saya sudah terbiasa dengan situasi sebegitu. Kecaman demi kecaman itu lumrah kehidupan manusia. Ia boleh terjadi bukan saja bukan hanya kepada artis tetapi semua golongan termasuk pendakwah dan ahli politik,” katanya yang menjadi wajah kempen jenama tudung itu sejak Oktober lalu.
Malah ibu kepada dua cahaya mata Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram, 12, dan Mohamed Neqayl Nedim, 3, berpendapat, seksi itu bersifat subjektif.
“Bagi saya seksi atau sebaliknya, ia terletak atau bergantung kepada mata yang memandangnya. Kalau baik yang dilihatnya… maka baiklah jadinya. Kalau gatal pandangannya, maka gatallah.
“Yang penting, saya hanya ingin menjadi diri sendiri. Tetapi, saya nak ucap terima kasih kepada netizen yang memberi komen membina. Saya sayang anda semua.
“Insya-Allah, doa baik-baik. Bagi kelompok netizen yang tahu dan asyik nak kecam saja, hentikanlah. Perbuatan buli siber tidak baik sebenarnya,” katanya.
Pemilik nama lengkap Nora Mohd Danish Hanif turut menambah, dia tidak mahu ‘larut’ dengan hal yang berbaur negatif.
“Saya memang kebal bab kecaman ini. Saya tak baca mana mana komen atau blog yang menghentam atau cari silap.
“Kalau saya tahu pun cerita ini daripada kawan atau rakan media yang mengajukan soalan berkaitan. Tapi tak apalah, tak perlu saya ambil peduli. Ia seperti menghabiskan tenaga untuk perkara tak perlu.
“Malah saya pada satu tahap tak menyekat pun akses atau memadamkan komen negatif ditinggalkan warganet. Kadang-kadang tak perasan pun sebab terlalu banyak komen,” katanya lagi.
Sementara itu, Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif jenama MINAZ, Hafiza Abd Hamid atau lebih dikenali dengan nama Pija MINAZ menyatakan keputusannya memilih Nora mempromosikan kempen Blossom 2.0 adalah tepat.
“Hari pertama ketika Nora didedahkan sebagai wajah kempen di media sosial termasuk Instagram rasmi pun memang ramai yang beri maklum balas berbaur positif dan sebaliknya.
“Ada juga di kalangan peminat bertanyakan kenapa saya perlu pilih Nora kerana tak sesuai penampilan sebenarnya dengan tudung dipakai.
“Saya dimaklumkan oleh team sehinggakan ada yang nak boikot dan tidak mahu menyokong lagi keluaran produk kami. Pada saya, lebih gemar untuk memandang sesuatu perkara itu pada sudut yang positif.
“Ada juga yang suka dengan pemilihannya sebagai wajah kempen. Stokis dan agen pun suka sebab Nora sendiri punyai ramai pengikut di Instagram,” katanya.
Pada masa sama, pemilihan Nora yang lembut dan manis raut wajahnya sekaligus kena dengan konsep bunga pada rekaan tudung.
“Personaliti Nora ceria dan mudah didekati. Saya yakin boleh pengaruh ramai lagi wanita mengenali jenama kami dan sertai keluarga MINAZ Hijab. Semua maklum balas baik yg positif atau negatif kami terima dengan hati yang terbuka.
“Tapi siapa tahu suatu hari nanti, usaha ini membuka hatinya untuk bertudung dan memilih jenama ini untuk menyuntik semangat. Malah kurang satu jam ketika dibuka untuk pra tempahan 25 Oktober lalu, sebanyak 150,000 helai tudung bawal kempen membabitkannya terjual.
“Ia sekaligus buka ruang untuk bantu lebih 4,000 agen dan stokis seluruh Malaysia jana pendapatan dari rumah di era pandemik COVID-19. Kempen ini akan dilancarkan pada 8 November ini,” katanya.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.