“Bincang Baik-Baik Dengan Pengarah,”- Jadi Pelakon, PU Riz Tolak Babak Rogol Sebab Mahu Jaga Batas Sebagai Seorang Lelaki Islam. Respek!

Share

Jika dapat dilihat, program keagamaan seperti Pencetus Ummah (PU) bukan sahaja dapat melahirkan para ilmuwan celik agama, malah mereka juga boleh dikategorikan sebagai pelakon.

Mana tidaknya, lihat sahaja Pu Azman, PU Amin dan terbaru Pu Riz yang juga muncul dari program sebegitu.

Riz ketika ditemui pada majlis pelancaran drama bersiri Selafaz Cinta di One Utama, Damansara baru-baru ini, dia mengakui bahawa rezekinya selepas keluar dari program itu semakin luas.

“Mula-mula lepas keluar dari program PU tu tak banyak dapat tawaran ceramah mana-mana seperti PU lain, tapi mungkin rezeki sebab mereka (pihak produksi) kata saya ada rupa, why not pergi line (bidang lakonan) untuk mana-mana drama/filem,”katanya kepada MH.

Riz atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail berkata,dia pernah menerima tawaran belakon yang mencabar dan diluar batasnya sebagai seorang PU, namun dia memberanikan suara untuk berbincang baik dengan pengarah.

“Saya pernah diminta untuk melakonkan watak perogol dalam sebuah drama ni (dirahsiakan), tapi saya tolak tawaran itu dan bincang baik-baik dengan pengarah drama itu kerana orang kenal saya seorang penceramah dan lahir dalam program agama macam tu,” jelasnya yang berasal dari Selangor itu.

Menggunakan tagline ‘kematian tak kira masa, amal kita jaga’ semasa program PU itu, dia mempunyai batas sebagai seorang lelaki Islam ketika berlakon.

“Saya dikenali dari program keagamaan (Pencetus Ummah), nak lebih2, tak boleh, kena jaga batas.. Jadi babak rogol itu ditukarkan kepada babak bergaduh mulut dan aksi sahaja.. Kita ikut peraturan dan jalan Allah, Insyallah rezeki akan lagi bertambah,” katanya lagi.

Dalam perkembangan lain, Riz akan belakon menerusi drama bersiri Selafaz Cinta yang dibarisi pelakon Shaharul Ridzwan, Puteri Aishah, Syatilla Melvin dan ramai lagi yang mula ditayangkan pada 27 November menerusi slot Tiara di saluran Astro Prima (105) dan Maya HD (135).

Foto : Instagram PU Riz

IKLAN