“Bilamana Kematiannya Disebut-Sebut, Itulah Petanda Kematian & Penamat Yang Baik (Husnul Khatimah),” – Mufti Wilayah Ulas Bila Kebaikan Arwah Abam Terus Disebut-Sebut

Share

Pemergian pelawak popular arwah Abam atau nama sebenarnya, Syed Umar Mokhtar Syed Mohd Ridzuan, terus mendapat perhatian sehingga ke hari ini, malah turut mendapat ulasan Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri.

Bukan tidak redha akan pemergiannya, namun kebaikan yang dilakukan terlalu banyak sehingga setiap hari ada sahaja perkara baru yang didedahkan.

Jelas Mufti Wilayah menerusi perutusan di laman sosial miliknya, pabila kematiannya disebut-sebut, itulah petanda kematian dan penamat yang baik (husnul khatimah).

Malah, dia turut menitipkan pesanan khas buat anakanda arwah Abam, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey bahawa ayahandanya seorang yang baik dan disenangi ramai.

Jelasnya lagi, hatinya cukup tersentuh dengan pemergian pelawak ini dan tergerak hati untuk menziarahinya namun tidak berkesempatan atas kekangan masa. Walau bagaimanapun dia sentiasa mengikuti perkembangan pengurusan jenazah di media sosial.

Terdahulu, pelawak popular Abam yang juga anggota kumpulan Bocey meninggal dunia di kediamannya di Gombak awal pagi 10 Februari lalu.

Abam meninggalkan seorang balu, Nor Hidayah dan seorang anak lelaki, Syed Uthman Hamzah Al-Juffrey yang kini berusia lapan bulan.

Foto : Facebook Mufti Wilayah

IKLAN