Uncategorized

‘Bilalah Orang Melayu Nak Berjaya?’ – Siti Sarah Kecewa Difitnah

Share

Eh pada sudah jadi? Nampaknya penyanyi Jangan Ku Mimpi ini benar-benar kecewa apabila ada orang yang memfitnah dirinya.

Malah isteri kepada pelawak, Shuib ini turut berkata ini adalah salah satu tomahan yang agak melampau.

MH Online difahamkan Sarah berang apabila ada sebuah artikel di media sosial yang kononnya mengatakan Sarah kurus kerana telah menjalani pembedahan potong usus.

Namun Sarah menafikan sekeras-kerasnya dan berkata inilah sifat manusia apabila melihat orang lain semakin berjaya.

Sarah turut mempersoalkan, jika benar mengapa dia perlu memotong ususnya untuk kurus? Sebaliknya dia mengamalkan produknya dan tidak mahu menipu mana-mana pihak.

“SUBAHANALLAH bile lah org melayu nak berjaya?? Bile produk saya laris dipasaran .. macam2 tomahan saya dapat. kali ni saya tak boleh berdiam diri!! Biadap sungguh org yg fitnah saya..

“Kenapa perlu saya potong usus untuk menipu org? Saya dapat turunkan berat badan saya hanya mengamalkan produk saya! Dan banyak org yg berjaya turunkan berat badan dengan @monstalabhq!” tulisnya di ruangan kapsyen.

Malah, Sarah juga mengatakan individu yang telah menuduhnya itu cuba memfitnah dirinya hanya kerana ingin menjual produk lain.

Dalam masa yang sama, Sarah turut menyuarakan bagaimana Melayu ingin maju sekirannya asyik berperangai seperti ini.

“Jangan tipu org .. hanya kerana awak nak jual barang awak! Awak fitnah saya… Kalau tak kat sini awak dapat balasan kat sana awak jawab!!! #macammanamelayunakmaju,” tulisnya lagi.

Simpati dengan apa yang terjadi. Ramai netizen turut geram dan marah dengan tindakan individu tidak berjawab ini. Mereka turut bersimpati dan meminta Sarah untuk terus positif.

Haishh tak baik siapa yang suka menabur fitnah tu. MH Online harap Sarah sabar dan terus kuat berdepan dengan orang-orang sebegini.

IKLAN