“Bilalah Nak Habis,” – Foto Gadis Tak Bertudung Viral, PU Abu Respon Dakwaan

Share

Isteri Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Hana Azraa dipercayai telah memuat naik sekeping foto wanita tidak bertudung di Instagram miliknya, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian tersebut, Hana mendakwa wanita tersebut dipercayai merupakan kekasih hati suaminya yang baru.
 
“Adakah ini dia? Betapa lovely kekasih hati awak #myhusbandlover #whoisshe #youknowher,” tulisnya di ruangan kapsyen.

Sekali gus, perkongsian tersebut telah mengundang pelbagai respon netizen.

Bagaimanapun, entri terbabit telah dipadamkan beberapa minit selepas ia dimuat naik.

Sementara itu, Abu turut memberikan respon berhubung isu itu.

Malah,dia turut kesal atas apa yang berlaku pada diri dan keluarganya.

“Bila lah nak habis, fuh!,” tulisnya ringkas di Insta Stories.

Dalam masa sama, Abu turut terkesan akan apa yang berlaku.

“Assalamualaikum dan salam tabaiyyun

“Sy mengambil. Maklum berhubung berita yg viral semalam membabitkan diri saya dan isteri saya.

“Apa yang terviral adalah spekulasi semata2 dan tidak berdasarkan kenyataan yang sebenar.

“Gambar yang tersebar tidak dapat dipastikan sumbernya kerana ia lebih bersifat cuba mengaibkan seseorang,” tulisnya yang kini bertugas di Mekah untuk menguruskan jemaah.

Terdahulu, kisah rumah tangga pasangan itu mendapat perhatian ramai.

Abu dan Hana berkahwin pada Mei tahun lalu dan kini sedang menanti kelahiran anak sulung hasil perkongsian hidup bersama.

Abu sebelum ini berkahwin dengan Ain Afini dan menceraikannya ketika Ain sedang hamil tujuh bulan.

Hasil perkongsian hidup, mereka dikurniakan anak lelaki, Muhammad Adam Aysar yang kini berusia tujuh bulan.

Foto : Instagram Hana Azraa, Abu Sufyan

IKLAN