Memuat naik sebuah video di laman sosial anaknya, Baem Adham, Datuk Aliff Syukri meluahkan rasa tertekan gara-gara fotonya disalahguna oleh scammer untuk mengaut keuntungan.
Ulas Aliff, dia tidak bersalah dan tiada kaitan dengan kegiatan haram tersebut, namun kecewa apabila ada yang menuduhnya sebagai perompak.
“Saya pening, saya tertekan. Saya tak salah apa-apa. Kenapa kau orang suka-suka nak bank in duit ratus-ratus ribu lepas tu nak kata, aku curi duit orang, aku rompak duit orang.
“Aku cari duit halal. Meniaga betul-betul, lepas tu kata aku merompak, aku ni mencuri. Apa kau ingat aku ni tak reti cari duit.”
Telah membuat laporan polis bagi melindungi diri, kata usahawan ini, dia akan memfailkan saman RM10 juta kepada pihak terlibat.
“Aku scammer? Bukan. Itu orang lain. Orang guna nama aku. Lepas tu korang nak report polis, nak saman aku. Haa, sekarang ni aku pun report polis juga.
“Saya report polis kepada anda yang gunakan nama saya, scammer-scammer tersebut, saya akan saman anda. Dan saya telahpun hantar kepada lawyer suruh saman anda bernilai RM10 juta.
“Ramai orang dah tertipu. Bukan dua tiga ribu, tapi tertipu ratusan ribu.
“Korang kat luar jangan salahkan saya, jangan nak tag saya dekat FB.
“Itu bukan saya punya bisnes. Saya hanya jual AS Legacy. Saya dah buat sales puluh-puluh ribu, juta-juta,” ulasnya yang terpaksa menggunakan laman Instagram anaknya selepas video yang dimuatnaik telah dilaporkan dan dipadam oleh Instagram.
Pelakon cantik, Maria Farida mengejutkan ramai apabila memuat naik gambar lamanya yang dirakam pada tahun 1990 lalu, ketika dirinya di awal penglibatan dalam dunia lakonan.
Terdahulu Maria, menerusi entri di Instagram itu antara lain turut berkongsi, sebelum bergelar pelakon, dia terlebih dahulu aktif dalam dunia modeling dan masih tidak tahu bagaimana dunianya akan berubah setelah terjun ke bidang lakonan.
“Flashback to 1990, when I first entered the Film industry. From modelling to acting.. Clueless to how the movie world was like. Not knowing that one phone call from a production manager would change my life forever… I learned so many things, met so many people and travelled everywhere shooting.
“Fast forward to almost 3 decades later and I’m still here. Still thrilled whenever a new batch of scripts arrive at my doorstep! Where before, acting was just a job that paid the bills and put my son through school & college…,” tulisnya.
Lalu kini, dunia lakonan sudah pun menjadi kecintaannya.
“Now it’s just my passion. I love my job.. When someone asks me did I choose to be an actress? My answer is no, Acting chose me! And I’m truly blessed for it. And although I take a break once in a while, acting will always be in my life…,” kata Maria.
Perkongsian yang sudah pun mendapat tanda suka hampir 8,000 itu turut dihujani dengan pujian netizen yang membayangkan pelakon berdarah kacukan itu tidak makan usia.
Pelakon dan penyampai radio, Sharifah Shahirah mengakui suaiminya, Ijoy yang ‘selesa’ andai isterinya itu berada dalam keadaan yang tidak berapa bersiap saat keluar rumah.
Malah, bintang ini turut mendedahkan, suaminya akan rasa cemburu kalau keluar bekerja dalam keadaan lawa.
“Sapa nak bini cenghini? Laki aku lega bini cenggini. Kalau aku lawa… 10kali talipon susah nak kerja. Ada je dia cakap macam2.
“Kang laki tu kacau laa tu kacau laa…haa sekarang aman. Balik lambat pun ok dah. Dia ckp kluar buruk…balik umoh cantik macam JLO,” kongsinya.
Malah, Shiera turut menitipkan pesan atau kata buat suami diakhir coretan.
“Kat IG pun kena buruk.. P/s: kalau dia cari pompuan lain tak marah sbb kita buruk..kalau kita cantik mcm miss universe ada pompuan lain lagi sedih.
“TAPI Nak lagi sedih kalau tau dia ada laki lain..lalalalala,” tulisnya panjang lebar.
Lalu, perkongsian tersebut mendapat reaksi pelbagai netizen malah kebanyakannya sedia tahu kakak kepada Sharifah Sakinah ini memang sering berceloteh dan memberikan kapsyen humor menerusi media sosial.
Foto: Instagram Sharifah Shahirah
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Misha Omar tumpang gembira dengan kejayaan yang diraih rakan penyanyi, Ernie Zakri yang dinobatkan sebagai penerima Anugerah Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37), malam tadi.