“Bila Single, Allah Jemput Ke RumahNya…,” – Intan Liana Berlepas Ke Tanah Suci, Pohon Kemaafan

Share

Beberapa hati lalu, Intan Liana ada memaklumkan dia bakal ke tanah suci bagi mengerjakan umrah. Bagaimanapun, pemergiaannya ke sana tidak diikuti dua anaknya iaitu Arish Muqri, 4, dan Ariq Muqri, 2.

Sambil memohon kemaafaan sebelum berangkat, dia yang dikenali sejurus perpisahan bersama seorang pemuzik yang juga suami pelakon Izreen Azminda itu turut mendoakan agar kita semua dirahmatiNya.

Salam, sy intan liana inshaAllah akan menunaikan ibadah umrah pada hari ini (25/3/2019). Di kesempatan ini sy ingin memohon kemaafan andai tersilap kata dan segala perbuatan.

“Semoga Allah merahmati kita semua inshaAllah. Aish dekmok baik2 k..bonda love you!!!miss you..tq along jagakan dorg,” tulisnya lagi.

Intan turut berkongsi beberapa foto saat dirinya sudah pun berada di tanah suci.

Sementara itu menerusi ruangan komen, rata-rata pengikutnya turut mendoakan yang terbaik buat Intan selain mendoakan dia mendapat umrah mabrur serta selamat perlu dan pulang.

Foto: Instagram Intan Liana Saleh

IKLAN