Penyanyi dan penyampai radio, Dina Nadzir akui perasaannya bercampur baur apabila bakal menyanyikan lagu Ku Teruskan, yang pernah dipopularkan oleh Allahyarham Siti Sarah.
Dina bakal menyampai lagu ciptaan Ajai dan lirik oleh Musrad itu di dalam saingan minggu kedua Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9), Ahad depan.
Malah Dina turut dirakam tidak dapat menahan sebak menerusi segmen khas buat Allahyarham Adibah Noor sebelum keputusan diumumkan.
“Permulaan kami (bersama Siti Sarah) sama yang mana kami memperjuangkan muzik yang sama. Ada juga kisah yang agak sama.
Ads
“Allahyarham pun pernah melalui GV juga sebelum ini. Begitu juga dengan Adibah Noor.
“Wajah-wajah mereka terbayang… sebelum ini saya hadir sekadar menonton dan menyokong. Malah tahu bagaimana mereka stres bila terlibat dalam pertandingan.
“Tiba-tiba bila saya di sini (GV9), mereka pula yang tiada,” katanya kepada MH.
Ads
Ditanya sama ada dia pernah menyanyikan lagu tersebut sebelum ini, Dina akui pernah mengalunkan lagu tersebut suatu ketika dahulu.
Terdahulu, Dina yang membuat persembahan menerusi lagu hitsnya, Cints Datang Lagi menduduki tempat keempat keseluruhan dengan 83.80 peratus.
Ads
Jaclyn Victor unggul di tempat pertama dengan 88.40 peratus, diikuti Shila Amzah (85 peratus) dan Tomok (84.10) di tempat ketiga.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat pelakon Tasha Shilla yang selamat melahirkan cahaya mata perempuan seberat 3.19 kilogram menerusi kaedah pembedahan kira-kira jam 10.37 pagi, pada Isnin.
Suami Tasha iaitu Muhammad Atiq Idris, menerusi Harian Metro mendedahkan, proses pembedahan isterinya berjalan lancar.
Malah, dia turut bersyukur apabila ibu dan anak yang baru lahir berada dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah…Tasha selamat melahirkan anak perempuan pagi tadi secara pembedahan. Bayi dan Tasha juga berada dalam keadaan baik.
“Syukur kerana pembedahan selama 45 minit itu juga turut berjalan dengan lancar. Saya juga berada di dalam bilik pembedahan untuk menemani Tasha.
“Saya berterima kasih kepada doktor kerana banyak memberikan penjelasan bagi memudahkan urusan pembedahan,” katanya.
Difahamkan, pasangan itu juga sudah memilih nama Nyla Kaadira buat cahaya mata kedua mereka.
Untuk rekod, Tasha dan Atiq mendirikan rumah tangga pada 28 Februari 2020.
Selain Nyla, pasangan itu turut dikurniakan cahaya mata lelaki, Raeez Zander yang kini berusia setahun lima bulan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi popular, Liza Hanim terharu apabila akhirnya berjaya meraih dua trofi pada penganjuran Anugerah Industri Muzik ke-23 (AIM23), malam tadi selepas hampir 25 tahun penantian.
Dua trofi yang dimenangi itu adalah Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu dan Runut Bunyi Terbaik Dalam Filem/Drama menerusi lagu duet dengan Shila Amzah berjudul Bahagiakan Dia.
Menurut Liza, kejayaan yang diraihnya ibarat mimpi dan bersyukur dapat memegang trofi yang diidamkan selama bergelar penyanyi.
“Saya tidak pernah meletakkan harapan tinggi setiap kali hadir ke AIM. Dapat atau tidak saya tolak tepi fasal rezeki, ini Allah sudah tentukan. Tambahan pula, saya buat persembahan, jadi lebih beri keutamaan untuk memastikan segalanya berjalan lancar.
“Tapi apabila kali ini meraih dua anugerah saya akui perasaan itu sangat berbeza. 25 tahun saya tunggu nak pegang trofi ini dan ia adalah kejayaan kali pertama saya di AIM.
“Bagi saya, segala pengiktirafan akan datang apabila tiba waktunya. Alhamdulillah juri berasakab lagu ini layak diberi penganugerahan,”katanya.
Tambah Liza, dia juga tidak mampu menipu diri apabila pernah ‘mempersoalkan’ kenapa namanya tidak pernah melekat untuk sebarang trofi pada penganjuran itu sebelum ini.
“Tipulah kalau tidak ada persoalan yang bermain di fikiran, tapi saya reda dan anggap pencalonan untuk Top 5 juga sudah terbaik.
“Cuma apabila diumumkan sebagai pemenang kategori Persembahan Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik Dalam Lagu, saya rasa penantian selama ini terubat.
“Siapa yang kenal saya pasti tahu diusia yang masih muda saya pernah dicalonkan dalam kategori Artis Baharu, kemudian beberapa kategori lain sampaikan pencalonan ini saya sekadar nak bergembira di AIM, tapi malam ini syukur Alhamdulillah,” katanya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Nama-nama selebriti tempatan seperti Bront Palare, Iedil Putra dan Baby Shima sememangnya sudah mendapat tempat di hati peminat seni Indonesia menerusi karya mereka masing-masing.
Kejayaan anak-anak seni tempatan itu secara tidak langsung telah menjadi pemangkin semangat buat pelakon meningkat naik, Anna Jobling untuk turut melebarkan sayapnya di negara seberang itu.
Menurut Anna, dia tidak kisah untuk berhijrah ke Indonesia seandainya diberi peluang untuk berlakon di sana.
“Untuk pindah selamanya di sana, mungkin tidak. Tapi saya tidak tahu perancangan masa depan saya macam mana. Kalau ada rezeki tak ke mana. Saya tak kisah untuk tinggal di Indonesia tapi apapun, saya tetap akan balik.
“Keluarga saya masih ada lagi di sini. Sebelum ini, kalau saya balik England pun, saya tetap nak balik ke Malaysia juga,” katanya kepada MH.
Dijadualkan bakal berkunjung lagi ke Indonesia pada bulan ini, Anna atau nama sebenarnya Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman memberitahu, dia akan sentiasa menjaga batas dan nama baiknya sepanjang berada di sana.
“Saya sentiasa berhati-hati. Saya selalu ingatkan diri saya, kalau saya buat sesuatu perkara itu, apa tanggapan orang terhadap diri saya. Walaupun saya dekat Indonesia, hati saya masih lagi Malaysia.
“Saya kena fikir juga apa orang di sini akan fikir terhadap diri saya. Mungkin di sana ada sesetengah perkara itu dianggap biasa, tapi di sini tidak. Saya akan sentiasa menjaga batas dalam setiap perbuatan saya.
“Mak dan ayah pun selalu berpesan untuk sentiasa menjaga diri kerana Indonesia dan Malaysia adalah dua tempat yang berbeza,” jelasnya lagi.
Ketika ditanya adakah dia gembira dengan perjalanan kerjaya seninya ketika ini meskipun terpaksa menunggu waktu yang agak lama untuk namanya dikenali, ini reaksi yang diberikan oleh bekas peserta Dewi Remaja 2018 itu;
“Saya tak pernah berasa kecewa kerana saya ini seorang yang suka buktikan orang lain salah. Kalau orang kata saya tak boleh pergi jauh, tak mengapa. Korang sabar je kejap.
“Saya akan buktikan tanggapan orang lain tu salah. Saya percaya, kalau saya bekerja keras dan memantapkan mutu lakonan, saya boleh berjaya.
“Walaupun dalam sekelip mata nama saya dikenali sampai ke Indonesia, saya berpandangan ia bukan sekadar tuah tetapi kerja kerasa saya selama ini. Segalanya berlaku sangat pantas.
“Pengurus dan keluarga pun tak pernah putus ada dengan saya. Jadi, saya merasakan perjalanan kerjaya saya sangat berbaloi,” akhirinya.
Terdahulu, Anna akan membintangi sebuah projek teater yang berjudul Maduku Terpaling Kalut.
Edisi ketiga teater ini akan dipentaskan mulai 29 September hingga 2 Oktober di Nero Event Space, Petaling Jaya Performing Arts Centre (PJPAC), Petaling Jaya.
Selain Anna, teater ini turut membariskan pelakon baharu dan lama iaitu Puteri Sarah Liyana, Azrel Ismail, Syafiq Naser, Aya Amiruddin dan Curly Jow.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Kredit Foto: Instagram Anna Jobling
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira.
Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...