Jasmin Hamid ada berkongsi beberapa keping foto bersama adik perempuannya yang disifatkan saling tak tumpah raut wajahnya ketika muda.
Malah, bintang senior ini turut menyatakan andai satu hari nanti dia sudah tiada, peminat boleh menatap wajah adiknya itu kerana paras yang hampir seiras.
Perkongsian tersebut dibuat Jasmin menerusi satu entri di Instagram, baru-baru ini.
Ads
“One and only. Adik perempuan saya. Sama kan? Masa saya muda belia, saling tak tumpah macam muka adik saya.
“Cuma muka dia lagi runcing, muka saya bulat. Badan pun runcing sama je. Dah nama pun adik beradik. Jangan compius tau.
Ads
“Bila saya dah tak ada nanti, bila rindu kat saya, boleh la tengok muka adik saya @missjaegerbomb,” tulis Jasmin.
Ads
Pendedahan tersebut turut mendapat perhatian peminat memandangkan pelakon ini agak jarang berkongsi mengenai hal melibatkan keluarganya.
Foto: Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Saingan minggu kelima program Gegar Vaganza 7 (GV7) menyaksikan penyanyi Nomad diumum sebagai peserta tersingkir menerusi program hiburan yang bersiaran secara langsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), Putrajaya, malam Ahad itu.
Menyampaikan lagu Kasih Latifah yang dipopularkan oleh kumpulan Spider, Nomad hanya mampu meraih markah sebanyak 41.4 peratus.
Mengulas mengenai persembahan Nomad, Datuk Ramli MS selaku juri tetap turut meminta penyanyi berkenaan untuk menilai sendiri persembahannya.
Bagaimanapun Ramli menyifatkan bintang berkenaan sebagai penyanyi yang bekerja keras dan tekun.
“Kau komen sendiri, aku tak nak komen… Aku dah tak ada point nak potong lagi. Tapi kau sangat tekun.
“Sangat tekun dan sangat bekerja keras. Yang itu, memang kau seorang yang sangat gigih. That one i give you respect.
“Tapi terus terang, memang markah kau paling rendah hari ni among all,” kata Ramli sambil komen tersebut diterima Nomad.
Sementara itu, Datuk Khadijah Ibrahim ada memberikan kredit kerana Nomad tetap meneruskan persembahan tanpa putus asa meskipun melakukan beberapa kesilapan.
“Nomad… Seperti yang Ibu cakap daripada mula… I kata you have the imej, you have the package, tapi ini pertandingan.
“Ibu juga rasa sedih, kerana kadang-kadang bila kita di atas pentas seperti Datuk Hattan kata, kita tak boleh dengar. Jadi bila begitu, you havd to take your own action di atas pentas.
“Itu mustahak pasal kita ni membuat persembahan. Akan tetapi walau pun ada kesilapan yang dilakukan tadi, you move on. Maknanya you didnt give up. You masih habiskan persembahan itu tadi untuk kami mendengarnya.
“Apa pun yang terjadi pada malam ini, take it from me… we are entertainers, we make mistakes,” katanya.
Sementara itu, penyanyi Cliff Umar meraih markah paling tinggi berbanding peserta lain iaitu 74.8 peratus diikuti Ashira (73.6) dan Ayu Damit (72.8).
Berikut carta markah yang diperolehi peserta minggu ini;
Kesemua peserta diadili dua juri tetap iaitu Ramli MS dan Khadijah Ibrahim sementara diundang sebagai juri jemputan.
Juara Gegar Vaganza musim ketujuh bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM100,000 berserta trofi manakala RM50,000 untuk naib juara dan RM30,000 tempat ketiga.
Tempat keempat, kelima dan keenam pula masing-masing bakal membawa pulang wang tunai sebanyak RM20,000, RM15,000 dan RM10,000 beserta trofi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon, Fasha Sandha menzahirkan rasa syukur kerana dikurniakan ibu mertua, Rokkiah Md Noor yang sangat baik terhadap dirinya sekeluarga.
Malah, Fasha atau nama lengkapnya Nur Fasha Sandha Hassan mengakui kini berasa sangat gembira dan bahagia kerana memiliki jalinan yang akrab bersama ibu mertuanya.
Dedikasi tersebut dikongsikan bintang berusia 35 tahun itu bersempena dengan hari jadi wanita berkenaan yang ke-60.
“Life has given me plenty of reasons to be happy, and you are one of them. I couldn’t wish for a better mother in Law.
“Happy 60th Birthday to the best MIL in the world! I love you Ibu.
“Semoga diberikan kesihatan yang baik dan bahagia dunia akhirat. @itsaidilaziz @ishak_abdulaziz,” tulisnya.
Sekadar informasi, Fasha dan suaminnya, pelakon Aidil Aziz mendirikan rumah tangga pada 30 Mac 2019.
Kini, Fasha dikurniakan cahaya mata ketiga diberi nama Aisha Amaira pada 7 Ogos lalu.
Video: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pengacara dan penyampai radio, Radin Era mengakui dirinya berasa agak kurang senang melihat pandangan dan stigma sesetengah masyarakat mengenai pasakit Covid-19.
Menurut Radin, ada di antara mereka dihalau keluar dari rumah termasuk ada yang telah dipulaukan.
“‘Positif Covid 19 Bukan Penjenayah’. Kini terlalu ramai masyarakat yang sudah terkesan apabila mereka disahkan positif Covid-19 sehingga ada yang dihalau keluar dari rumah.
“Keluarga dan kenalan terdekat pesakit covid19 pun terkesan apabila dipulaukan oleh masyarakat,” tulisnya.
Radin atau nama sebenarnya Radin Amir Effendi berkata sedemikian menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram pada Ahad.
Dalam pada itu, Radin turut menyeru orang ramai agar mengubah tanggapan mereka terhadap pesakit Covid-19 kerana perkara seperti ini adalah diluar kawalan dan jangkauan manusia.
Malah, penyampai radio Era itu turut menitipkan ucapan terhadap rakan artis, Alif Satar yang ketika ini sedang menjalani rawatan pemulihan Covid-19 di Hospital Besar Negeri Melaka.
“Kini, tiba masanya masyarakat membuka mata dan *stop jadi negatif*, malah sepatutnya masyarakat beri sokongan moral kerana tiada siapa yang minta untuk terkena pendamik ini.
“Jangan pinggirkan mereka, mereka perlu sokongan kita! Speedy recovery bro @alifsatar & semua pesakit Positif Covid 19,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan pandangan yang sama selain turut menyifatkan pesakit Covid-19 ini amat memerlukan sokongan moral orang sekeliling.
Dalam perkembangan lain, Radin difahamkan baru sahaja melibatkan diri dalam bidang perniagaan dengan membuka francais servis khidmat penghantaran miliknya sendiri.
Sumber: Instagram Radin Era
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi dan cef selebriti, Datuk Fazley Yaakob, menasihati orang ramai supaya lebih berpada-pada ketika memberikan kritikan terhadap makanan yang dijual oleh peniaga, khususnya sepanjang bulan Ramadan.