Uncategorized

Bila Safiey Illyas Minta Jangan Dikaitkan Dengan Lelaki Dikenali Sebagai Syah, Ramai Yang Sindir Dari Kasihan?

Share

Awal malam tadi, pengasas kosmetik, Safie Illyas ada memuat naik dua posting berkenaan dengan hubungannya yang dikatakan sudah tiada apa-apa hubungan dengan lelaki yang dikenali sebagai Syah.

Malah, Safiey turut meminta agar dirinya dilupakan oleh lelaki berkenaan.

“Tak apa lah. Lupakan saya. Jangan kaitkan saya dgn Syah lagi. Kami dah tak ada apa2 hubungan. 1 pergi 100 datang,” kongsinya. 

Sementara menerusi ruangan kapsyen pula, Safiey ada memaklumkan mahu move dan berharap agar lelaki berkenaan bertemu wanita yang boleh menjaganya, sebagaimana dia menjaga Safiey dengan baik.

“Stop kaitkan saya dgn @syahjames01 . Saya nk fokus bisnes sahaja . Saya nk move on. Tepuk lah korang, korang kan suka kami bergaduh. Semoga dia dapat wanita yg boleh jaga dia sebagaimana saya jaga dia dgn baik.

 

“PATAH TUMBUH HILANG BERGANTI. Sayang tak semestinya memiliki . Wasalam,” tulisnya lagi.

Bagaimanapun seperti biasa dalam ramai yang suka, ada juga yang seakan skeptikal dengan entri yang dibuat Safiey.

Ada yang seperti ‘menyindir’ terhadap situasi yang berlaku ke atas Safiey, berbanding yang tumpang simpati.  Malah, ada juga yang anggap apa yang berlaku sekadar strategi promosi semata-mata.

Apa pun yang berlaku harap Safiey banyakkan bersabar ya.

 

 

 

.

 

IKLAN