“Bila Pula Kita Nak Bertaubat?,”- Tamat Drama Nur 2, Azhan Rani Lontar Soalan ‘Makan Dalam’ Pada Penonton Pula

Share

Malam tadi berakhir sudah drama Nur 2 yang pastinya menjadi ingatan segar kepada setiap individu.

Malah, watak Ustaz Hamadi yang paling dibenci ramai hasil lakonan hebat Azhan Rani berakhir dengan kematian.

“Alhamdulillah berakhir sudah..

“Sejak drama #nur sampai tamatnya episod 15 #nur2

 malam ni soalan yang selalu aku dapat setiap hari.. bila #syedhamadi nak bertaubat? berulang2 warga penonton #nur tanya..

“Hari ni dengan hati terbuka aku serahkan semula soalan tu pada korang dan aku sendiri.. BILA PULAK KITA NI NAK BERTAUBAT? #syedhamadi dah pun berjumpa pengakhirannya.. sempat juga dia dibisikkan soalan ini juga di telinganya sebelum pergi..

“Apakah nasib kita seburuk dia, atau lebih malang kita tak berpeluang langsung mendengar pun bisikkan taubat..

“Ini masa untuk bertanya diri sendiri setelah kita terlalu leka bertanyakan nasib orang lain.. #nur2 hanya rekaan.. #syedhamadi watak ciptaan namun hakikatnya suratan atau kebetulan mampukah kita menafikannya sebagai suatu kenyataan!!!,” tulisnya. 

Sering dihujani soalan mengenai watak Ustaz Hamadi sebagai penunggang agama, namun kalai ini, Azhan sendiri mahukan pendapat dan jawapan penonton. 

Pada masa sama, peminat turut mengagumi bakat lakonan yang ada pada Azhan yang telah meraih kategori Pelakon Antagonis Pilihan dalam Drama Festival Kuala Lumpur (DFKL) baru-baru ini. 

Foto : Instagram Azhan Rani

IKLAN