Patah hati apabila hari-harinya dihujani kata-kata kecaman.
Lebih teruk, ada yang mempersoal mengapa dia masih belum mati.
Elyana bagaimanapun mengulas, sebagai manusia biasa, dia cukup sedih dan tertanya-tanya apa salahnya.
“Saya manusia biasa. Kalau setiap hari orang kecam dan tanya bila nak mati, apa yang korang rasa?Apa saya buat salah dalam kehidupan ni sampai semua nak tengok saya mati?
“Lagi-lagi saya tengah sakit, bila dapat kata-kata macam tu, memang otak akan jadi negatif.
“Tapi sekarang ni saya dah tak hairan apa orang nak cakap sebab saya tahu, dunia ini berputar. Kita balas tak akan sama dengan Allah balas,” katanya kepada MH.
Ads
Baru sahaja melakukan rawatan radioterapi awal tahun itu apabila sel kanser telah melanggar tulang belakang.
Tidak mampu berjalan untuk beberapa ketika dan hanya menggunakan kerusi roda untuk bergerak, jelas Elyana pada mulanya dia menyangka ia adalah slip disc.
“Selepas buat radioterapi baru keadaan saya pulih kembali. Sebab itu saya mahu langsaikan konsert ini secepat mungkin.
Ads
Bila saya sakit ni, apa yang saya terfikir saya akan terus buat. Jangan terlambat. Ini kebahagiaan saya, kenapa saya taknak buat?
“Takkan saya asyik nak ulang alik ke hospital. Duduk rumah, itu bukan hidup saya. Saya menyanyi daripada tingkatan satu. Ini hidup saya.
“Inilah memori sepanjang 19 tahun saya dalam industri. InsyaAllah anak boleh tengok nanti kalau dia rindu. Siapa sahaja yang rindukan saya boleh tengok nanti.
Ads
“Saya tengah sakit. Kalau saya tunda apa yang saya nak, mungkin cita-cita saya tak kesampaian,” ulasnya yang terpaksa menangguhkan rawatan kimoterapi gara-gara mahu mendahulukan konsert ini.”
19 tahun mengabdikan diri dalam dunia seni, Konsert ‘Elyana “Jadi Diriku” Live In Concert’ adalah sempena usaha mengumpul dana untuk diagihkan kepada pesakit kanser yang memerlukan bantuan.
Sumbangan akan melalui Majlis Kanser Nasional (MAKNA) selaku rakan penerima manfaat.
Konsert akan diadakan pada 6 Julai 2019 bermula jam 8.30 malam di Bentley Music Auditorium, Damansara.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sehari lalu, genaplah 20 tahun kisah melibatkan dua individu, Wan Mohd. Hafizam dan Afiq Iqmal yang pernah menjadi bualan serta isu negara pada ketika itu. Kisahnya bermula apabila seorang bayi memerlukan penderma hati bagi meneruskan harapan untuk terus hidup.
Lalu muncul insan berhati mulia, Wan Mohd. Hafizam yang juga merupakan anggota Angkatan Pertahanan Awam yang sudi mendermakan sebahagian hatinya buat Afiq Iqmal yang ketika itu baru dilahirkan ke dunia.
Briged Ekuin APM, ada berkongsi satu entri perihak kisah berkenaan khusus sebagai dedikasi istimewa melibatkan salah seorang anggotanya yang kini bergelar Lt. Kol. Wan Mohd Hafizam yang berusia 23 tahun ketika mendermakan sebahagian hatinya buat Afiq.
GENAP 20 TAHUN TERIMA HATI ( Satu Hati Dua jasad) 3/4/1999 – 3/4/2019 Sejarah penderma hati pertama Malaysia Lt.kol…
Pelakon Nelydia Senrose atau nama sebenar Nik Zaris Nelydia Nik Sen telah sah bergelar isteri kepada seorang usahawan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid, hari ini.
Menerusi akaun Instagram pelakon senior Zarina Zainuddin telah memuat naik beberapa keping gambar dan video mengenai perkembangan terkini salah seorang anak pasangan kembarnya.
Kongsinya, Muhammad Razil Azrai atau dikenali sebagai Azil dikhabarkan sakit di bahagian pernafasan sebelum ini hingga perlu menjalani pembedahan.
Malah beberapa jam lalu, Zarina turut berkongsi video perkembangan terkini anaknya itu.
“Admited malam ni esok operation jam 10.30 pagi.. azil kena puasa start jam 12mlm kalau bangun dia lapar for sure dia nak makan ..aduhaii doakan azil selamat menjalani operation esok ya”tulisnya.
Lantas, perkongsian pelakon yang terkenal dengan itu telah mendapat perhatian peminat.
Dalam pada itu, peminat turut mendoakan kepada anak Zarina cepat sembuh dan kembali sihat seperti sedia kala.
Terdahulu, Zarina telah memaklumkan Azil sebelum ini mengalami sakit sesak nafas atau kesukaran untuk bernafas akibat menangis dalam tempoh yang terlalu lama, 2 hari lalu.
Sumber : Instagram Zarina Zainuddin
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin yang juga suami kepada aktres terkenal, Datin Seri Zizie Ezette dilaporkan meninggal dunia pada usia 66...