“Bila Nak Kawin? Taknak Kawin Ke? Sentap Tau Tak,” – Soal Jodoh, Erra Fazira Kata Kalau Berkenan Masuk Meminang!

Share

Lima tahun bergelar ibu tunggal, persoalan mengenai jodoh sering kali ditanya buat primadona, Erra Fazira.

Terbaharu di laman Instagram, dia mengakui setiap soalan yang diajukan begitu menyentap perasaan kerana ianya cukup sensitif.

“Haaaaa nampak? Kan dah majuk?!! Tu laaa korang dok sibuk tanya.. siapa calon?? bila nak kawin?? Taknak kawin ke??!! Sampai bila?!! Aiyoooo… Sentap tau tak!! Soalan tu soalan makan dalam tau takkk.

“Ni ap cer ni?!!! Korang tolonglah jangan tanya pasal kawin.. kawin.. kawin.. sensitif ooo!!”

Tambahnya lagi, dia bukan ‘kaki dating’ yang gemar menghabiskan masa berdua-duaan. Jika serius mahu ke fasa seterusnya, disarankan terus masuk meminang.

Lelaki pulak.. kalau setakat nak ajak dating.. minum2 makan2,, aiyooo jangan buang masa laaa.. ASP jeslina sibuk tau .. dia tak kaki dating2 ni.. Nak kalu.. terus masuk meminang la!! Baru gentleman!!!

“Tapi takpe.. kalau nak jugak dating,, jom jumpa setiap jumaat jam 8.30pm di mana? Di TV2!!

” tulisnya.

Wow, satu kenyataan berani mati. Siapalah agaknya jejaka bertuah yang berani masuk meminang tu?

Foto : Instagram Erra Fazira

IKLAN