Uncategorized

“Bila Nak Kahwin Ni? Rugi Kahwin Lewat,”- Zahirah MacWilson Kongsi Gambar Bersama Aiman, Peminat Dah Tak Sabar!

Share

Pelakon Zahirah MacWilson telah memuat naik beberapa keping gambar menerusi akaun Instagram miliknya. 

Menariknya, Zahirah kelihatan begitu ceria dan mesra bersama kekasihnya, Aiman Hakim Ridza ketika menghadiri sebuah majlis. 

Malah turut berkongsi momen tersebut bersama pengikutnya di laman media sosial Instagram. 

“Enews Asia x Samsung @enewsasia @samsungmalaysia Wearing @ep_official_”tulisnya. 

Lantas, kemesraan pasangan ini telah menjadi perhatian peminat. Malah peminat juga turut meluahkan rasa tidak sabar untuk melihat pasangan ini disatukan. 

“Bila nak kahwin ni? Rugi masa kahwin lewat2.”tulis peminat. 

Di samping itu, peminat memuji pasangan ini yang kelihatan begitu mesra dan sangat secocok.

Kalau dah jodoh, tak kemana-mana. Apa-apa pun kita doakan yang baik-baik sahaja buat pasangan ini.

Terdahulu, Zahirah dan Aiman telah menjalinkan hubungan bersama semenjak tahun lalu. 

Foto : Instagram Zahirah MacWilson

IKLAN