Pelakon dan usahawan, Datuk Hans Isaac ada menitipkan ucapan istimewa bersempena dengan hari lahir rakan artis, Zizan Razak yang ke-37 baru-baru ini.
Dikesempatan itu juga, Hans turut dilihat mengimbau semula detik-detik awalnya ketika bertemu dengan Zizan sewaktu dia menjadi pelakon tambahan dalam sebuah drama yang dibintanginya.
Jelas Hans, dia berasa amat berbangga melihat pencapaian yang telah diraih Zizan sepanjang bergelar anak seni.
“Happy Birthday to my bro @zizanrazak869. Masih ingat masa kat Terengganu dulu masa bro jadi extra untuk drama yang saya lakon.
“Saya bangga dengan success bro selama ni. You have come so far and happy for all your success. U deserve it bro,” tulisnya.
Ads
Ucapan tersebut dikongsikan oleh pelakon filem, Baik Punya Cilok itu menerusi entri terkininya di laman Instagram.
Dalam pada itu, Hans juga dilihat sempat mengusik Zizan dengan bertanyakan mengenai soal jodoh.
Ads
Katanya lagi, dia berharap agar Zizan tidak mengikut jejak langkahnya yang sehingga kini masih belum mendirikan rumah tangga
“Hanya satu soalan aja saya ada pada bro ……BILA NAK KAHWIN? Jangan lambat macam saya ni bro. Boring duk rumah dgn GF aja ni.
Ads
“Eh eh eh ….. GF tu … GOOD FRIEND lah bro jangan ingat lain lain! Hahahhaa. Happy birthday brother,” selorohnya.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat terhibur melihat telatah dua rakan selebriti ini selain turut menitipkan doa agar kedua-duanya segera dipertemukan jodoh.
Sumber: Instagram Hans Isaac
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Nabila Razali telah diundang untuk menjadi tetamu undangan untuk Carta Suria 40 di Suria FM bersama dengan penyampai radio, Fizi Ali.
Pelbagai perkara telah dikongsikan, antaranya mengenai kecaman dan kritikan yang sering diterima.
Nabila atau nama lengkapnya Nur Nabila Mohd Razali berkata dia memandang perkara tersebut dari sudut yang positif.
Jelas penyanyi yang sinonim dengan lagu Peluang Kedua ini, insiden yang berlaku kepada dirinya telah banyak mematangkan dirinya.
“Saya tiada pengalaman dalam industri hiburan jadi bila saya masuk saya sedih sebenarnya, tapi saya suka nyanyi jadi saya nyanyi juga sebab saya buat benda yang saya suka,
“Nak kata lali tu tak adalah tapi saya dah terima layanan yang macam tu dari dulu cuma yang beza dengan sekarang dia bertambah sahaja,
“Macam sekarang umur pun dah 29, dulu umur 23 jadi sekarang berfikiran lebih matang. Jadi saya anggap benda ini semua satu rezeki dan ujian yang saya rasa Tuhan nak bagi untuk tengok kita ni sabar ke tak untuk capai apa yang kita nak,
“Rezeki kita tak boleh nak persoalkan sebab kalau kita tak percaya dengan rezeki maksudnya kita percaya dengan kuasaNya,” katanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat menitipkan kata semangat dan positif kepada penyanyi kelahiran bintang program realiti nyanyian Akademi Fantasia 2013 ini.
Foto: Instagram Suria FM, Nabila Razali
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Tahniah diucapkan buat aktres berbaka, Haliza Misbun yang sudah selamat bergelar isteri kepada duda anak satu yang juga lelaki warga British, Matthew John Rodgers.
Majlis berlangsung di Masjid Ar Rahah, Kerinchi kira kira jam 5.25 petang.
Momen indah membabitkan pasangan yang masing-masing berumur 48 tahun itu berlangsung dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dihadiri hanya 50 orang saja tetamu.
Pada majlis ringkas dan intim itu, Haliza menerima mas kahwin RM80 dari lelaki yang juga bertugas sebagai perunding teknologi maklumat di sebuah syarikat antarabangsa itu selain wang hantaran berupa sebuah rumah sebagai simbolik membina keluarga baru.
Pada masa sama, bintang yang sinonim menerusi drama Cinderella itu turut menyerahkan lima dulang hantaran berbalas tiga daripada pihak pengantin lelaki.
Pasangan ini dinikahkan Penolong Pendaftar Nikah Cerai Masjid Ar Rahah, Kampung Kerinchi, Ustaz Mohd Lazim Khairudin dan berwalikan adik lelaki, Othman Misbun.
“Ini perkahwinan pertama saya. Alhamdulilah. Selama ini saya tahu ada yang sangsi dan berteki dengan status diri saya. Termasuk ada yang menyangka saya sudah berkahwin.
“Tapi hari ini saya bersyukur segala yang dinantikan saya sudah hampir sempurna. Kehadirannya melengkapi kehidupan ini. Insya-Allah,” katanya.
Menurut Haliza, hubungannya dengan suami terjalin sejak hampir empat tahun lalu.
“Dia sudah menetap di Malaysia sejak sembilan tahun lalu. Kami kenal menerusi kawan. Pertemuan di sebuah restoran di Damansara Heights ketika keluar bersama kawan yang lain memutik rasa jatuh cinta.
“Malah selepas setahun akrab, dialah lelaki pertama yang saya berani bawa berjumpa keluarga. Saya rasa yakin dengan kesungguhannya dan kami mula terbuka dalam pelbagai aspek.
“Pengalaman hidup masing masing mematangkan diri barangkali menjadi faktor keserasian itu mudah diperolehi,” katanya.
Haliza menambah, suaminya turut melakukan strim langsung menerusi Facebook untuk berkongsi detik indah itu bersama keluarga di England.
Pada majlis itu, Haliza mengenakan busana rekaan teman baik sendiri, Mansor Harun (Sutex) sementara adiknya, Rozana Misbun turut menjadi pengapit.
Sejurus selesai majlis akad nikah, mempelai turut diraikan di sebuah dewan di lokasi sama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebagai seorang ibu, pelakon Ozlynn memberitahu dia tidak memaksa anaknya untuk menjalani ibadah puasa sekiranya tidak berupaya untuk melakukan ibadah tersebut.
Menurut Ozlynn, sebagai ibu bapa harus memainkan peranan yang penting dengan sentiasa memberikan kata semangat serta dorongan kepada anak untuk melakukan ibadah puasa.
Malah, isteri kepada pelawak dan pelakon terkenal, Johan menyarankan agar semua ibu bapa memberikan ganjaran kepada anak yang berjaya melakukan ibadah puasa di bulan Ramadan.
“Terawihnya gagal.. 2 rakaat sahaja sb ptg td dia sgt2 enjoy main dgn abg2 n kakak dia.. pancit lew tue!! xpe la.. asal ada hati..
“jgn paksa anak utk puasa tp bg semangat dan keterangan pd dorg.. apa kebaikan dan kelebihan bila dorg buat.. pastu bg reward tau.. atau pun kata2 positif.. nnt dorg lg seronok..,” tulisnya.
Dalam pada itu, perkongsian Ozlynn itu telah mendapat komen positif daripada peminat.
Bukan itu sahaja, rata-rata peminat juga memuji cara didikan Ozylnn terhadap anaknya.
Sekadar informasi, Ozlynn mendirikan rumah tangga bersama pelakon dan pelawak Johan pada Julai 2009.
Hasil perkahwinan, mereka dikurniakan lima cahaya mata iaitu Ahmad Ariq Hanania,Ahmad Sodiq Hanania, Ahmad Haziq Hanania, Nur Latifah Chantiq Hanania dan Nur Latifah Moleiq Hanania.
Foto: Instagram Ozlynn
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dengan undian lebih 120 juta, penyanyi Ernie Zakri dinobatkan sebagai bintang paling popular pada malam kemuncak Anugerqh Bintang Paling Popular ke-37 (ABP37) yang berlangsung di Primiera Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat.