“Bila Nak Delete Gambar Dia Pula?,”- Tanya Netizen Pada Bella Astillah Sebab ‘Stalk’ IG Aliff Aziz, Dah Tiada Foto Isteri

Share

Pasangan selebriti Aliff Aziz dan Bella Astillah sering mendapat perhatian ramai.

Mana tidaknya, hubungan mereka kini dilihat semakin renggang apabila Aliff telah memadam gambar Bella di Intagramnya.

Pun begitu, menerusi Instagram Bella, nampaknya Bella masih mengekalkan beberapa keping gambar Aliff dan anaknya, Mohamad Ayden Adrean.

Lalu, netizen telah meninggalkan komen terhadap foto tersebut.

Malah, ada juga yang meminta Bella untuk memadam gambar penyanyi lagu Sayang Sayang itu seperti mana yang dilakukan Aliff (padam gambar Bella).

Terdahulu, rumah tangga mereka mulai goyah apabila Aliff keluar sehingga lewat malam bersama seorang artis perempuan.

Foto : IG Aliff Aziz, Bella Astillah

IKLAN