Ads

“Bila Naik Pentas, Lidah Saya ‘Keras’,” – Mark Adam Reda Kena Potong Markah Sebab Lupa Lirik, Mohon Maaf Kepada Peminat & Senario

Walaupun berjaya menghiburkan penonton menerusi lagu Cari Tapak, penyanyi Mark Adam terpaksa menerima hakikat apabila hanya menduduki tempat keenam pada konsert minggu ke-8 Gegar Vaganza 12 (GV12) susulan isu terlupa lirik.

Mark mengakui lagu berkenaan mencabar, terutama dari segi sebutan perkataan yang memerlukan fokus tinggi ketika dipersembahkan secara langsung.

“Bila Naik Pentas, Lidah Saya ‘Keras’,” – Mark Adam Reda Kena Potong Markah Sebab Lupa Lirik, Mohon Maaf Kepada Peminat & Senario

Malah dia juga menerima keputusan markah yang diberikan juri dengan hati terbuka dan mengakui telah berusaha sedaya upaya sepanjang minggu untuk menghafal lirik lagu tersebut.

“Bila Naik Pentas, Lidah Saya ‘Keras’,” – Mark Adam Reda Kena Potong Markah Sebab Lupa Lirik, Mohon Maaf Kepada Peminat & Senario

“Saya terima markah yang diberikan para juri. Selama seminggu ini, saya berusaha untuk menghafal lirik lagu ini. Saya pun tak tahu apa kena dengan lagu ini tapi ia memang agak mencabar.

“Perkataannya tak mudah untuk disebut. Saya sudah hafal tapi bila naik sahaja ke pentas, lidah saya jadi keras. Itulah kenapa saya tak boleh nak sebut lirik-lirik itu. Ia agak tongue twister,” katanya kepada MH.

Ads

Penyanyi asal Filipina itu berkata demikian ketika ditemui selepas tamat konsert minggu ke-8 GV12, baru-baru ini.

Dalam masa sama, Mark turut memohon maaf sekiranya persembahannya itu mengecewakan mana-mana pihak.

“Bila Naik Pentas, Lidah Saya ‘Keras’,” – Mark Adam Reda Kena Potong Markah Sebab Lupa Lirik, Mohon Maaf Kepada Peminat & Senario

“Saya sudah bersedia nak bagi persembahan terbaik. Tok Ram pun kata persembahan saya pada bahagian awal sudah okay. Cuma bahagian hujung sahaja saya tersasul.

“Saya minta maaf kerana tersasul. Saya juga Nak minta maaf kepada pelawak-pelawak lagenda kita, Senario.

Ads

“Saya rasa Cari Tapak ini akan jadi lagu yang saya akan bawakan untuk persembahan-persembahan di luar nanti. Lagu ini sangat seronok,” ujarnya lagi.

Rasa Sangat Bertuah

Sementara itu, Mark turut menyifatkan kemunculan kumpulan Senario secara mengejut ketika persembahannya telah banyak membantunya menutup kesilapan pada penghujung lagu.

“Bila Naik Pentas, Lidah Saya ‘Keras’,” – Mark Adam Reda Kena Potong Markah Sebab Lupa Lirik, Mohon Maaf Kepada Peminat & Senario

“Bila Naik Pentas, Lidah Saya ‘Keras’,” – Mark Adam Reda Kena Potong Markah Sebab Lupa Lirik, Mohon Maaf Kepada Peminat & Senario
“Saya tak tahu Senario akan muncul. Alhamdulillah kehadiran mereka menyelamatkan saya pada bahagian akhir lagu itu. Mereka memang sangat membantu dan cover saya.

Ads

“Hubungan kami tidaklah terlalu rapat tapi saya sudah bekerjasama dengan kesemua anggota Senario. Bila setiap kali bertemu mereka, saya rasa sangat bertuah.

“Asal jumpa, mereka pasti akan berikan kata-kata dan nasihat kepada artis-artis seperti kami,” akhirinya.

Terdahulu, juri GV12, Datuk Ramli MS memaklumkan pihak juri terpaksa memotong markah Mark selepas dia didapati terlupa lirik sebanyak dua kali.

“Bila Naik Pentas, Lidah Saya ‘Keras’,” – Mark Adam Reda Kena Potong Markah Sebab Lupa Lirik, Mohon Maaf Kepada Peminat & Senario

Susulan itu, Mark terpaksa berpuas hati berada di kedudukan keenam dengan markah keseluruhan sebanyak 64.75 peratus.

Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara.
Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

“Segan Nak Masuk Progam Anugerah, Ada Yang Kata Zaman Saya Sudah...

Pempengaruh Ryan Bakery mengakui tidak menyangka namanya masih lagi menjadi pilihan peminat untuk memenangi kategori Digital Content Creator Paling Viral di Anugerah Paling Viral Online 2025, baru-baru ini.
error: Hello. Cannot.