Usahawan dan selebriti, Noor Neelofa meluahkan rasa kasih dan penghargaan mendalam buat ibunya, Noor Kartini, sempena ulang tahun kelahiran wanita kesayangannya yang ke-59, hari ini.
Ucapan penuh emosi itu dikongsikan oleh Neelofa menerusi sebuah hantaran khas di Instagram.
Dalam perkongsiannya, ibu kepada dua cahaya mata itu menyifatkan ibunya bukan sekadar seorang ibu, malah juga sahabat sejati sejak kecil.
“Membesar, terutamanya waktu kecil dulu, Mama bukan sekadar seorang ibu… Mama adalah sahabat baik saya. Saya ikut Mama ke mana sahaja.
“Sampai masa Mama tidur pun, saya duduk sebelah sambil buat kerja sekolah. Dunia saya waktu tu cuma satu… nak jadi versi terbaik diri saya, untuk Mama,” kongsinya.
Tambah Neelofa, meskipun mula berdikari selepas melanjutkan pelajaran ke Maktab Rendah Sians Mara (MRSM), hatinya tetap bergantung kepada doa-doa ibunya yang tidak pernah putus.
Malah dia turut mengenang bagaimana ibunya sentiasa menjadi penyokong nombor satu dalam setiap fasa kehidupannya hingga kini.
“Masa saya makin dewasa, Mama tetap jadi penyokong nombor satu saya, tak pernah gagal mendoakan saya.
Ads
“Selalu ambil tahu dan kongsi pandangan tentang minat saya, dengan penuh kasih sayang dan dorongan,” luahnya lagi.
Doa & Didikan Ibu Jadi Pendorong Kejayaan
Dalam nukilannya, Neelofa juga memuji ketabahan dan usaha keras ibunya dalam memastikan kebajikan seluruh ahli keluarga terjaga.
Jelas Neelofa, pesanan ibunya sejak kecil supaya belajar bersungguh-sungguh telah menjadi asas kejayaan dirinya hari ini.
“Mama tak pernah buat saya rasa kecil, malah buat saya rasa lebih dihargai dan lebih yakin dengan diri sendiri.
Ads
“Seorang ibu yang sentiasa bekerja keras dan beri yang terbaik… bukan untuk diri sendiri je, tapi untuk kami sekeluarga.
“Dari kecil lagi, pesanan Mama sentiasa ‘belajar sungguh-sungguh’. Dan saya tahu, apa yang saya ada hari ini banyak datang daripada pengorbanan Mama dalam diam, dengan izin Allah,” tulisnya.
Neelofa pada masa sama turut mengakui, kejayaan yang dikecapi hari ini adalah hasil doa ibunya yang tiada henti.
“Saya tahu, doa Mama yang tak pernah putus itulah yang buka pintu-pintu kejayaan saya dan bentuk banyak kejayaan yang saya kecapi hari ini,” terangnya.
Ads
Sebagai penutup, hos Next To Neelofa ini menitipkan ucapan penuh syukur dan doa buat ibu tercinta.
“Terima kasih sebab jadi ‘rumah’ saya. Saya syukur sangat pada Allah kerana menghadirkan Mama dalam hidup saya.
“Terima kasih sebab jadi suara yang tak pernah putus asa untuk saya. Terima kasih atas kekuatan Mama dan doa Mama yang tiada penghujungnya.
“Saya akan sayang Mama sampai bila-bila. Selamat Hari Lahir.
“Moga Allah panjangkan umur Mama dalam rahmat-Nya, tenangkan hati Mama sentiasa, murahkan rezeki Mama dari arah yang tak disangka, dan dekatkan Mama dengan syurga, setiap hari,” titipnya lagi.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Walau hampir setahun tidak lagi berhubung secara langsung dengan bekas isteri, Diana Danielle, pelakon Farid Kamil tetap memastikan hubungan dengan anak-anaknya, Muhammad dan Aurora, tidak terjejas.
Farid menjelaskan, teknologi masa kini memudahkan komunikasi antara mereka.
“Saya dan Diana masih membesarkan anak dengan baik dan itulah matlamat kami ketika ini.
“Bagaimanapun, sudah hampir setahun kami tidak berkomunikasi.
“Zaman sekarang, anak-anak sudah ada telefon sendiri. Jadi, komunikasi tidaklah seperti zaman dahulu lagi.
“Muhammad dan Aurora ada telefon masing-masing. Tiada masalah communication breakdown.
“Cuma kami ada cara sendiri untuk berkomunikasi mengikut keadaan dan masa,” katanya kepada MH.
Farid berkata demikian ketika ditemui pada majlis tayangan perdana filem Munajjim: Sekutu Iblis di TGV KLCC, malam tadi.
Berkenaan dengan kenyataan Diana Danielle yang mendakwa kehilangan kawan rapat sewaktu berkahwin, Farid mengambil pendekatan tenang dan tidak mengulas panjang.
“Apa lagi yang saya nak jawab? Segalanya sudah hampir terjawab sejak setahun yang lalu.
“Kita kena move forward dalam kehidupan. Malah, anak-anak saya juga sudah besar. Masa kini bergerak pantas.
“Tiada masa untuk kita menoleh ke belakang. Bukan nak kata saya sudah move on tapi saya kini lebih matang,” ujarnya lagi.
Ditanya lanjut tentang kenyataan Diana, Farid hanya memberi respons bersahaja sambil menyanyi serangkap lagu daripada Luvia Band.
“Saya tidak tahu nak komen apa? Tapi saya ada lagu, ‘Ku sudah mencoba tuk berikan bunga’,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Farid kini muncul sebagai pelakon utama dalam filem seram Munajjim: Sekutu Iblis.
Naskhah itu akan ditayangkan di pawagam seluruh negara bermula 31 Julai ini, bersama barisan pelakon lain seperti Uqasha Senrose, Mustaqim Bahadon, Sherie Merlis dan Ruzaidi Abdul Rahman.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Dunia hiburan antarabangsa dikejutkan dengan pelaksanaan hukuman mati menggunakan skuad tembak terhadap pelakon dan penyanyi popular China, Zhang Yiyang, yang didapati bersalah membunuh teman wanitanya yang berusia 16 tahun, dua tahun lalu.
Menurut laporan Mahkamah Rakyat Pertengahan Xianyang, hukuman tersebut telah dilaksanakan pada 18 Disember 2024 selepas rayuan akhir Zhang ditolak. Beliau menjadi penghibur pertama di China yang dijatuhi hukuman mati atas kesalahan jenayah berat.
Insiden tragik itu berlaku pada Februari 2022 apabila Zhang, yang ketika itu berusia 30 tahun, membawa kekasihnya ke kawasan hutan di Bandar Xingping kononnya untuk menyambut hari lahirnya.
Namun, berlaku pertengkaran sebelum Zhang bertindak ganas dengan menikam leher mangsa berkali-kali menggunakan pisau lipat. Mangsa dilaporkan telah beberapa kali cuba memutuskan hubungan, namun sentiasa diugut Zhang yang sering menggunakan alasan mahu membunuh diri.
Selepas membunuh kekasihnya itu, Zhang bertindak membuang telefon bimbit mangsa serta pakaiannya ke dalam takungan air, sebelum cuba membunuh diri keesokan hari di sebuah hotel, namun dia berjaya diselamatkan kakitangan hotel yang curiga.
Laporan siasatan turut mendedahkan bahawa Zhang mengalami gangguan mental jenis paranoid dan mempunyai sikap obsesif yang melampau terhadap pasangan.
Nama Zhang Yiyang bukan asing dalam dunia hiburan China. Beliau pernah membintangi filem aksi The Soul Of The Dragon dan dikenali menerusi lagu I Only Care About People Who Care About Me dan Crying Man.
Namun, tayangan filem lakonan terakhirnya, The Sound Of Music (atau Jieyou Sound Hall) pada Mac lalu mencetuskan kemarahan ramai. Ramai netizen mengecam pihak produksi kerana terus menayangkan karya melibatkan individu yang disabitkan dengan pembunuhan kejam, apatah lagi terhadap remaja bawah umur.
++ Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendakwah bebas, Ustaz Adnin Roslan meluahkan rasa syukur apabila lagu duet bersama penyanyi Naim Daniel yang berjudul Seni Berdamai Dengan Takdir berjaya menduduki carta trending YouTube.
Menurut Ustaz Adnin, kejayaan ini membuktikan karya yang berkualiti dan bermesej tidak perlu bergantung kepada gimik atau unsur berlebihan untuk mendapat perhatian ramai.
“Ini bukti bahawasanya nak berjaya tak perlu nak buat benda yang pelik-pelik.
“Kalau anda perasan, dalam muzik video lagu ini tiada perempuan, babak berpegangan tangan dan aurat didedahkan.
“Liriknya pun berkisarkan ketuhanan, mengajak kita berdamai dengan takdir, melupakan kisah-kisah silam dan bersangka baik dengan takdir Allah.
“Alhamdulillah lagu ini berjaya dapat nombor satu dan mengalahkan lagu-lagu K-Pop dan sewaktu dengannya,” katanya.
Perkara tersebut dikongsikannya menerusi satu hantaran di Instagram miliknya, beberapa hari lalu.
Dalam masa sama, Ustaz Adnin turut berharap agar karya ini dapat menyentuh hati dan memberi kesan positif kepada pendengar, lebih-lebih lagi dalam konteks kehidupan dan cabaran menerima ketentuan Ilahi.
“Apapun, nombor satu atau tidak, yang penting orang-orang yang mendengarkan lagu ini dapat mesej yang kami nak sampaikan. Semoga bermanfaat,” katanya lagi.
Terdahulu, Seni Berdamai Dengan Takdir mencatat lebih 1.4 juta tontonan di YouTube dalam tempoh sebulan selepas pelancarannya.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Penyanyi Mell Sakura mengakui hatinya tersentak apabila kemunculan semulanya di Gegar Vaganza musim ke-12 (GV12) disifatkan oleh segelintir pihak sebagai sesuatu yang menjijikkan.