“Bila Manusia Sudah Hilang Iman Dan Buruk Akhlaknya,” – Jasmin Hamid Selar Remaja Jadikan Kubur Trek Motor

Share

Hilang kata-kata apabila melihat tempat persemadian umat Islam dijadikan trek untuk bermain motor.

Walau bagaimanapun tiada maklumat lengkap di mana kejadian berlaku.

Aksi dua lelaki menaiki motor sambil melintasi barisan kubur cukup menyakitkan mata.

Apatah lagi apabila mendengar gelak tawa individu yang merakam aksi kurang sopan ini.

MOHON JAGA LISAN!

“ALHAMDULILLAH… ia tidak terjadi padaku dan keluargaku. Moga Allah berikan HIDAYAH kepada mereka.


“Kuburan di jadikan tempat untuk main motor cross dan di jadikan bahan mainan.

“Inilah yang akan terjadi bilamana manusia sudah hilang IMAN dan buruk AKHLAKNYA.. Apa yang ALLAH tunjukkan, ada hikmahnya. Semoga kita hambaNya di ampunkan segala dosa dan meninggal dalam Husnul Khatimah,” luahnya kesal.

Netizen turut meluahkan kekecewaan di ruang komen.

Secara sinis, mereka ‘sengaja’ memilih untuk beraksi di perkuburan sebagai persediaan menjadi jenazah.

Foto : Instagram Jasmin Hamid

IKLAN