Ada sahaja yang tidak kena di mata segelintir netizen terhadap pelakon popular yang sering dikaitkan dengan kontroversi, Fathia Latiff.

Sejak isu live di aplikasi Bigo, nampaknya nama pelakon ini sering mendapat perhatian daripada netizen dan setiap apa yang dilakukannya pasti akan ada yang mencari salahnya.

Baru-baru ini Fathia ada berkongsi sebuah video mempromosikan satu produk kecantikan yang digunakannya.

Tapi apa yang MH perasan, segelintir netizen lebih tertarik kepada kuku Fathia yang panjang berbanding produk yang diperkatakan oleh pelakon itu.

Dalam video tersebut terlihat kuku Fathia yang panjang dan diwarnakan dengan warna merah dan itu membuatkan dirinya dikecam oleh segelintir peminat yang mengatakan kukunya panjang seperti hantu.

‘Bila Kuku Panjang Cepat Potong, Syaitan Bergayut!’ Fathia Ditegur Kerana Kuku Pula!

IKLAN

alissanadiah_: Kak fatiya , potong kuku tuhh .. umie sya slaluu pesan bila kuku dhh pnjang cpat2 ptong sbb nti syaitan akn brgatong dktt kuku tuhh…

jentayu8080: Macm kuku hantu

budakecikkk: Ermmm….hadas kecilnya mcmn ek.

IKLAN

fran_sinello: Ya ampun pura2 lagi pakai tudung.Insaf la wahai lahanat.2018 ni patutnya ko dah insaf tapi perlu luar negara buka2 tudung

Walau bagaimanapun ada juga yang turut mempertahankan pelakon kesayangan mereka ini daripada terus dihentam segelintir netizen.

dyyymas: hamba Allah yg comments tak elok tu semoga anda cepat sembuh hendaknya..

IKLAN

itshuns_: Guys, girls ada time of the month.. boleh tak jangan sibuk? ?

_shilayunus: Pakcik makcik bawang mesti fokus pada kesalahan yang ada dan bukan pada message yang disampaikan. Hahahahahahahah. ?

Bagi MH sebagai seorang yang bertudung, memang tidak manis jika mengenakan pewarna kuku. Lebih lagi ia tidak boleh dibawa ke solat, tetapi mungkin juga pewarna kuku yang dipakai Fathia itu jenis pewarna yang boleh dikopek dan ditanggalkan.

Tak apalah kita bersangka baik, mungkin waktu ini Fathia sedang datang bulan. Cuma mungkin selepas ini Fathia perlu lebih peka dengan keadaan seperti ini lain kali dan lebih berhati-hati menjaga isu sensitif seperti ini.

Sumber: Instagram Fathia Latiff

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI