Abby Abadi ada berkongsi mengenai rutinnya melawat kedua orang tuanya, yang secara tidak langsung membuatkan ada yang sebak dan terkesan. Bekas anggota kumpulan Elite itu berkongsi kata-kata berkenaan menerusi Instagram, semalam.
Turut dimuat naik ialah foto ayahnya yang sedang baring sambil dicium tangan oleh anaknya.
“Datang ramai2. Hari ni Abah mandikan Atuk sbb Mama pegang Daiyan tidur, Kak Aziah pegang Dayana tidur juga hihi.
“Lega bila dpt luangkan masa dtg hantar makan dekat Mak, Ayah mandikan & wangikan Ayah, baru nampak dorang senyum seronok Selalu pagi kalau tak hantar makan + tak mandi ayah + tukar pampers, terbayang2 dosa2 bertimbunm,” katanya.
Pada masa sama, Abby turut mengharapkan agar anak-anak di luar sana turut menjaga orang tua, sebagaimana mereka menjaga kita sewaktu kecil.
“Korang? Jaga Mak Ayah masing2 tak? Jagalah k.. kalau jauh, kirimlah duit belanja, selagi berkesempatan. Masa kecik2 beria2 dorang jaga kita, buat kerja itu buat kerja ini nk bagi kita cukup makan pakai.
“Bila kita dah besar, kita balaslah.. Tak terbalaspun sbnrnya… Tp usahakanlah semampunya. kalau apa2 jadi nnti, takde lah terasa ralat sangat tak sempat buat tu, buat ni kannn?
“Yg sombong2 sangat tu, yg takde hati nk jaga, nnti apa2 jadi takyahlah nk menangis2 bagai.. Ketahuilah yg waktu tu, dah tak bernilai apa2 dah. Takyah nk bg penghormatan terakhir lah kononnya. Dah tak bermakna,” tulis Abby lagi.
Lalu, tulisan Abby itu turut menerima komen positif netizen.
Foto: Instagram Abby Abadi
https://www.youtube.com/watch?v=YIqrSU1f238
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI