“Bila Fikir Kena Inject Epidural, Tiba-tiba Jadi Takut,” – Bersalin Lagi Sebulan, Zizie Izette Kongsi Debaran

Share

Sarat mengandung, Datin Seri Zizie Izette berkongsi debaran menunggu detik melahirkan anak.

Bakal melahirkan dalam tempoh sebulan kalau diikutkan jangkaan, ulas Zizie menerusi laman Instagramnya, pengalaman mengandung kali ini lebih menyenangkan.

“Going to be 34 weeks pregnant in 3 days time. Kalau nak ikutkan Aadam Aaleph, minggu depan I dah bersalin.

“I gave birth to my boys at 34 weeks 5 days. (Premature babied).

“Alhamdulillah, pregnant kali ni terasa lebih senang berbanding dgn dulu. Mungkin sbb kali ni single baby.

“In shaa allah sebulan je lagi nak jumpa baby girl,” kongsinya.

Walaupun begitu, isteri kepada ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin turut meluahkan ketakutan apabila bakal disuntik dengan epidural di tulang belakang kerana akan melahirkan anak melalui pembedahan.

“Tp bila fikir nk kena inject epidural kat tulang belakang & perut nak kena belah lagi, tiba2 jadi takut pulak.

“Ya Allah, I’m praying for a safe delivery & a healty baby! Amin Aminnn Aminnnnn,” tulisnya.

Teruja dengan perkongsian Zizie yang bakal menyambut bayi perempuannya tidak lama lagi, netizen turut sama mengimbau pengalaman masing-masing di ruangan komen.

Aktres ini berkahwin pada 2009 dan dikurniakan anak kembar, Aadam Zac Izette dan Aaleph Zeke Izette pada 29 Disember 2017. Pasangan ini turut mempunyai dua anak angkat, Nur Naila,3, dan Aaric Zayn Izette, setahun.

Foto : Instagram Zizie Izette

IKLAN