Tersenyum MH bila melihat live video Elyana baru-baru ini. Seperti biasa, Elyana yang punyai 1001 cerita untuk dikongsikan tiba-tiba dikejutkan dengan kemunculan ‘rakan lamanya’ iaitu Iqram Dinzly.

Iqram dengan spontan mengajak Elyana untuk melakukan live video bersama di Instagram dan mengimbau semula kenangan-kenangan lama.

Memang melucukan bila mendengar perbualan mereka berdua. Seperti biasa Iqram banyak berceloteh sehinggakan Elyana menjadi suspen dengan setiap kata-kata yang dikeluarkan.

Bila Elyana & Iqram Dinzly Buat Live Video Bersama, Memang Lucu!

Bukan itu sahaja, Elyana turut memuji kreativiti Iqram yang memakai topi dan kain kepala hingga menampakkan seperti serban.

Tidak mahu ketinggalan, Elyana turut mendapatkan kain dan bergegas berlari mencari topi dan dipakai sekali agar kelihatan sama seperti Iqram.

IKLAN

Buat yang tidak tahu, Iqram dan Elyana pernah berkerjasama di dalam filem Dunia Baru The Movie dan dikesempatan mereka melakukan live video, Iqram sempat lagi mengimbau kembali kenangan lama mereka.

Menurut Iqram mereka berdua sering bergaduh dan usik-mengusik apabila di set pengambaran.

Dalam masa yang sama, Iqram juga sempat mengajar Elyana bagaimana menyebut tagline yang sering digunakannya.

IKLAN

Iqram sempat memberi sedikit nasihat pada Elyana jangan pedulikan segala kecaman yang dilemparkan netizen dan sentiasa terus positif.

Bila Elyana & Iqram Dinzly Buat Live Video Bersama, Memang Lucu!

Malah Iqram juga memuji semangat Elyana yang kuat kerana terus ceria walaupun menghadapi dugaan hidup serta tidak mengalah untuk teruskan hidup.

IKLAN

Namun keadaan menjadi semakin lucu apabila mereka berdua saling berduet lagu Bukan Cinta Biasa.

Iqram dengan tiba-tiba mengambil feel dan menghayati lagu tersebut. Dengan wajah yang penuh tanda tanya, Elyana terus meniru gaya Iqram sehingga pelakon yang dikatakan ‘pelik’ itu ketawa besar melihat gelagat Elyana.

Okay tak nak cakap banyak korang tengok sendiri memang lucu!

https://youtu.be/JZxvPHlttwo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI