“Bila Ditanya, Air Mata Dia Tumpah,” – Siti Sarah Buat Isteri Ajak Shiro Fobia Sebab…

Share

Pelawak dan penyampai radio, Ajak Shiro mendedahkan isterinya nyata tidak dapat menahan sebak bila mengenangkan situasi yang harus dilalui oleh penyanyi yang juga merupakan sahabat mereka, Siti Sarah yang terpaksa menjalani pembedahan bagi mengeluarkan bayi lebih awal.

Menurut Ajak, air mata isterinya itu terus mengalir sewaktu sedang membacakan surah Yassin untuk dihadiahkan buat Sarah agar prosedur pembedahannya itu berjalan dengan lancar.

Katanya lagi, emosi isterinya itu juga kini dikatakan agak rapuh dek kerana baru sahaja kehilangan dua orang ahli keluarga akibat Covid-19 pada bulan lalu.

“Balik-balik kerja tadi terdengar suara orang baca Yassin. Rupanya ibu yang tengah baca. Bila ditanya je air mata dia tumpah. Katanya baca untuk kawan dia @sitisarahraissuddin

“Maaf kalau dia teremosi, sebab bulan ni sahaja 2 orang ahli keluarga wife saya pergi sebab Covid-19. Mungkin sebab tu dia jadi fobia,” tulisnya.

Kisah tersebut dikongsikan oleh penyampai radio Suria FM itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik dilaman Instagram.

Dikesempatan itu juga, Ajak turut menitipkan doa semoga segala baik-baik sahaja buat Sarah dan kandungannya.

“Insyaallah doakan yang baik-baik buat @sitisarahraissuddin dan semua pesakit covid-19. Semoga kita disembuhkan dari segala penyakit ini,” pintanya lagi.

“Jangankan kawan, yang just kenal dia sebagai artis pun sebak menitiskan air mata.

“Hati ibu-ibu. Automatik akan mengalir.

“Sama-sama turut merasai.

“Saya pun turut menangis. Ya Allah Kau sembuhkanlah Kak Siti Sarah,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

Sekadar informasi, Ajak telah pun mendirikan rumah tangganya bersama pilihan hati, Afifah Amin pada tanggal 6 Jun 2009 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata.

Sumber: Instagram Ajak Shiro

IKLAN