Categories: Uncategorized

“Bila Dekat Asyik Nak Gaduh, Bila Jauh…,” Nabila Huda

Share

Pelakon, Nabila Huda berkongsi perbualan ‘whatsapps’ antara dia dan anaknya, Keisha Laila di laman Instagramnya hari ini.

Kelihatan, kedua-dua ibu dan anak itu saling meluahkan rasa rindu kerana terpaksa berjauhan apabila anak dan suaminya, Mohd Izwan Johar atau mesra dengan panggilan Bert ke Singapura.

“Safe journey to Singapore @lilkupukupu @kidweebee !Mummy Rindu already. Bila dekat bergasak-gasak,bila jauh rasa emo pulak.

 

“Memang begini ke relationship ibu dan Anak? #confusekiteawak,” tulisnya.

Menjengah di ruangan komen, kelihatan ramai para ibu turut berkongsi perasaan sama dengan anak masing-masing.

Alahai, comel betul Nabila dengan anaknya ini, biasalah hubungan antara ibu dan anak kan? Apa-apapun, safe journey to Keisha dan Bert.

Foto/Instagram: Nabila Huda

IKLAN