Ads

Bila Datuk Seri Siti Nurhaliza Kongsi Kaki Mulai Membengkak, Peminat Kian Teruja dan Kongsi Pelbagai Tips

Kurang 24 jam lalu, Penyanyi Nombor Satu Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza ada berkongsi perkembangan terbaharu mengenai dirinya menerusi Instagram (IG) yang menunjukkan kakinya membengkak.

Pada ruangan caption, penyanyi Segala Perasaan itu memberitahu usia kandungannya kini sudah melalui fasa trimester ketiga dan secara seloroh menulis, dia terpaksa meminjam selipar suaminya memandangkan selipar sendiri sudah tidak muat.

“Pinjam selipa suami.. selipa saya dah tak muat,” tulisnya lalu disertai dengan tanda palang #redha #bengkak #3rdtrimester.

Perkongsian yang sehingga kini mendapat hampir 180,000 likes itu dihujani dengan pelbagai komen peminat yang rata-ratanya mendoakan agar segalanya dipermudahkan selain ada yang turut berkongsi tips bagi mengurangkan masalah bengkak di kaki ketika hamil.

Ads

Sebelum ini, penghibur kesayangan ramai itu turut megumumkan dia akan melahirkan puteri sulungnya itu bulan depan. Malah, Siti juga sempat melancarkan single khas buat anak yang bakal lahir berjudul Comel Pipi Merah baru-baru ini ketika meraikan sambutan ulang tahun kelab peminatnya, SitiZoner yang ke-14 baru-baru ini.

Ads

 

Ads

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Hadiah Persahabatan Bertahun Lamanya, Rizman Ruzaini Reka Busana Biru Istimewa, Khas...

Berbelas tahun bersahabat baik, pereka fesyen terkenal Rizman Ruzaini menghadiahkan busana perkahwinan berwarna biru buat primadona alaf baru, Erra Fazira. Menurut Rizman Nordin, adalah menjadi...
error: Hello. Cannot.