Pelakon dan pelawak, Ain Sufia yang selamat melahirkan anak keduanya pada jam 10.17 malam, 25 Mei lalu di sebuah pusat perubatan di Senawang, Negeri Sembilan berkongsi perkembangan terkini.
Dalam hantaran di Instagram, Ain yang juga anggota kumpulan Awok di Maharaja Lawak Mega itu rindui bayinya selepas dia terlebih dulu dibenarkan pulang.
“Ibu balik dulu petang tadi, adik kene tinggal dulu. Bila Ibu cakap ibu balik dulu, dia terus nangis. Padahal dia tengah tidur.
“Allah.. lagi rasa nak pecah dada ni teringat anak, rindu anak malam-malam ni. Besok (hari ini) harapnya boleh balik. Besok ibu datang ye sayang. Doa anak ibu kuat, sihat @matnor_leeb @indah.nufa,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Mengakui lebih suka dengan penampilan rambut panjang, namun pelakon Nadhir Nasar sanggup untuk memotong pendek rambutnya demi memenuhi tuntutan watak.
Penampilan terbaharunya berambut pendek turut menarik perhatian peminatnya yang rata-rata menyukai imej tersebut.
“Hampir dekat dua tahun saya simpan rambut panjang. Saya suka dengan rambut panjang tetapi apabila dah potong pendek maksudnya it’s something serious coming in. Insya-Allah lepas raya ini akan mula penggambaran.
“Saya sanggup buat apa sahaja termasuklah botakkan rambut sekiranya memang itu naskah yang saya nak buat. Nak suruh saya jadi apa pun saya akan buat,” katanya.
Menurut pelakon berusia 26 tahun ini antara sebab dia suka menyimpan rambut panjang adalah kerana ia menampakkan seseorang itu kelihatan lebih matang dan berseni.
“Sejujurnya saya suka rambut panjang. Untuk saya imej rambut panjang lagi nampak matang dan berseni. Ala-ala macam Datuk M. Nasir dan Datuk Jamal Abdillah dulu.
“Lepas ini saya akan simpan rambut panjang balik lepas habis penggambaran,” kata Nadhir lagi.
Bakat Nadhir mula dicungkil selepas memenangi pertandingan Hero Remaja 2020 anjuran majalah Remaja.
Dikenali pelakon yang cukup berkarakter, kesemua naskhah lakonan Nadhir mendapat pujian ramai seperti I-Tanggang, Projek: Anchor SPM dan Nusyuz Berkiblat Cinta.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Nadhir Nasar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selebriti popular Indonesia, Maudy Ayunda yang terkenal memegang watak Ainun menerusi filem Habibi & Ainun 3 telah melangsungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya.
Tidak memilih individu yang sama latar dari dunia hiburan, sebaliknya wanita berusia 27 tahun ini mengambil keputusan untuk berkahwin dengan jejaka berketurunan Korea Selatan, Jeese Jiseok Choi yang dikenalinya ketika sama-sama menuntut di Stanford University, California.
Berkahwin pada 22 Mei 2022, Maudy Ayunda atau nama penuhnya, Ayunda Faza Mudy ini selamat dinikahkan dengan suaminya dalam satu majlis tertutup.
Meninjau ke Instagram Maudy, dia meluahkan kata indah untuk suaminya dalam satu hantaran berlatarkan suasana saat suaminya melamar. Luahnya, “Berada bersama kamu terasa seperti pulang ke rumah. Sebuah ruang yang selamat untuk saya menjadi diri saya yang sebenar. Bila kamu memohon untuk saya berkahwin dengan kamu, ia merupakan persetujuan yang paling mudah pernah saya lafazkan.
“Kamu merupakan seorang yang sangat bijak tetapi merendah diri, kamu juga merupakan seorang yang sangat menyenangkan untuk berbual. Saya selalu kagum dengan dengan tenaga yang kamu miliki. Bersamamu hidup menjadi lebih bersemangat dan masalah adalah teka-teki untuk diselesaikan bersama.”
Menurut Maudy lagi, Jeese Jiseok Choi atau lebih mesra dipanggil Jesse sudahpun berpindah dari Amerika Syarikat untuk menetap di Jakarta Selatan untuk membina hidup baru bersamanya.
Berpindah tujuh bulan sebelum melangsungkan perkahwinan, Jesse telah mempelajari selok belok kehidupan di Indonesia. Daripada mempelajari budaya serta adat resam, memandu kereta di bahagian kiri jalan dan belajar bahasa Indonesia
“Kami sentiasa tahu kami mempunyai soalan besar untuk dijawab. Dua bulan sebelum tamat pengajian, kamu memberitahu saya yang kamu akan berpindah ke Jakarta. Ini adalah selepas berkali-kali perbincangan yang sukar. Kamu berkata yang terbaik, sesetengah perkara yang patut diperjuangkan,” ucap Maudy memberi penghormatan buat suaminya.
Selain lakonan, Maudy juga merupakan seorang penyanyi berbakat. Dia yang memulakan kerjaya sebagai pelakon sejak berusia 11 tahun bukanlah calang-calang orangnya.
Sebelum melanjutkan pelajaran di Standford Universiti dalam bidang Sarjana Pengurusan Perniagaan & Pendidikan, dia terlebih dahulu bergelar graduan dari Oxford University dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Filosofi, Politik dan Ekonomi.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Setelah tiga musim memegang watak utama dalam drama rantaian popular, 7 Hari Mencintaiku, Siti Saleha akui watak Mia Adrianna sangat istimewa.
Menurut Saleha atau nama lengkapnya Siti Saleha Mohd Baharum, dia juga menyayangi watak berkenaan.
Justeru, aktres berusia 32 tahun ini merakamkan rasa terharu kepada para penonton yang telah memberi tanda sokongan terhadap peranan Mia Adrianna yang dibawa.
“Mia Adriana will always have a special place in my heart. Thank you for loving her as much as I did.
“Now, Mia is signing off. Jumpa dalam project lain Insyaallah.
#7harimencintaiku3 #miaadriana #salehatravels #turkey,” tulisnya di Instagram.
Sekadar informasi, 7 Hari Mencintaiku 3 dibintangi barisan pelakon hebat antaranya Shukri Yahaya, Jasmin Hamid, Liza Abdullah, Faye Kusairi, Wan Sharmila dan ramai lagi.
Drama rantaian ini ditayangkan di slot Akasia TV3 pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bermula jam 6.58 petang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Foto: Instagram Siti Saleha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kemeriahan Aidilfitri tahun ini semakin terasa apabila ramai penyanyi tempatan tampil melancarkan lagu raya dengan genre dan gaya tersendiri.
Terbaharu, penyanyi Izzue Islam dan Dehaniff...