“Bila Besar Nanti Instagram Still Wujud,’- Imbas Detik Terindah, Shima Anuar Sayang Anak Sampai Syurga

Share

Pelakon Shima Anuar kini menanti detik kelahiran anak keduanya yang kini sudah mencecah lima bulan.

Malah, Shima ada berkongsi video bersama anak sulungnya, Marian Sophia yang dilihat sedang memasang meja sebagai momen terindah mereka berdua.

“Moment yg takkan lama. Enjoying while I can. Hopefully bila dia besar nanti Instagram still wujud. So then dia boleh tengok balik semua ni.. Love you sayang mommy Sophia,” tulisnya. 

Sehingga kini, video yang telah mendapat hampir 30,000 tontonan itu mengundang rasa sebak netizen melihat gelagat dua beranak itu yang bekerjasama melakukan aktiviti bertukang.

Untuk rekod, Shima dan suami, Mohd Solih Toha sudah mendirikan rumah tangga pada April 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata, Marian Sophia yang kini berusia 1 tahun 4 bulan.

Video : IG Shima Anuar

IKLAN