Pengacara senior, Datuk Aznil Hj Nawawi atau lebih mesra dipanggil Pak Nil memberikan pandangannya terhadap trend Keke Challenge yang turut dilakukan segelintir selebriti dan pengguna media sosial lain negara ini.

Menyifatkan apa yang dibuat ada baik buruknya, Pak Nil menerusi Instagram turut memberikan perkongsian mengenai trend terkini itu.

“Kalau #paknil muda pun Paknil rasa tak lah terikut nak buat camni. Mak ayah Paknil pernah pesan. “Dari kau baru lahir, ayah mak jaga kau sampai nyamuk gigit pun kami jaga. Supaya apa? Supaya kau tak cacat ditangan kami,” tulisnya.

Malah kata Pak Nil lagi, apa bila sudah dewasa, ada yang sengaja ‘mencari’ kecacatan dengan melakukan hal tidak bermanfaat.

IKLAN

“Bila besar, kau sendiri plak yg sengaja cari kecacatan dgn buat benda2 yg xde pekdah,” kongsinya sambil disusuli dengan tanda palang #kekelahsangat.

Entri video yang dimuat naik Pak Nil yang telah menerima hampir 700,000 kali tontonan itu turut menerima pandangan pelbagai daripada netizen.

IKLAN

Menerusi entri sama, Pak Nil memuat naik video beberapa remaja yang melakukan cabaran berkenaan,  bagaimanapun tidak berjaya sama ada kerana terjatuh atau alami kemalangan saat sedang keluar dari kereta.

IKLAN

Foto: Instagram Datuk Aznil Haji Nawawi

https://www.instagram.com/p/BlcUROyA9ra/?taken-by=aznilnawawihm

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI