“Bila Bapa Dia Cuddle, Terus Jadi Macam ‘Bola’,” – Raja Ilya Tunjuk Keletah Comel Anak

Share

Pelakon Raja Ilya berkongsi perkembangan terkini permata hatinya, Talita yang kini sudah genap dua bulan usianya.

Menurut Ilya atau nama sebenarnya, Raja Ramilah Begum Raja Mohammad anak perempuannya itu setakat ini amat mudah untuk dijaga.

Malah, dia juga cukup manja dengan bapanya, Trent Garrett

“She’s 2 months old already and suka gler dia bila bala dia cuddle, terus jadi macam ‘bola’,” tulis Ilya.

Terdahulu bintang filem KL Vampire itu selamat melahirkan bayi sulungnya secara pembedahan di Hospital King Edward, Perth, pada 1 Julai lalu.

Raja Ilya mendirikan rumah tangga dengan jejaka Australia, Garrett pada Disember 2018.

Selepas mendirikan rumah tangga, Raja Ilya berpindah ke Perth dan sudah dua tahun tidak pulang ke Malaysia akibat penularan pandemik Covid-19.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

IKLAN