Ads

“Bila Atas Pentas, Ada Keserasian Itu,” – Ani Maiyuni Ulas Gandingan Dengan Kelly Azman, 15 Tahun Kekal Akrab

Screenshot

Penyanyi Ani Maiyuni mengakui keserasian yang terjalin bersama rakan lamanya, Kelly Azman menjadi antara faktor utama dirinya sentiasa berasa selesa setiap kali berada di atas pentas, khususnya ketika mengendalikan persembahan sepanjang bulan Ramadan bersama-sama.

Menurut Ani, sikap Kelly yang bersahaja membantu menceriakan suasana, sekali gus menjadikan persembahan lebih santai dan dekat dengan penonton.

“Bila suasana terlalu tegang, penonton pun boleh rasa kekok. Kelly pula jenis santai, mudah buat orang senyum dan secara tak langsung dia hidupkan mood persembahan,” kata Ani.

Ani turut meluahkan rasa syukur apabila rezekinya terus mengalir sepanjang Ramadan, selain menghargai cara kerja Kelly yang mudah dibawa berbincang dan konsisten memberi sokongan apabila mereka digandingkan bersama.

“Kelly selalu cari saya sebelum naik pentas, tanya saya okey ke tidak dan dah bersedia atau belum. Senang nak berbincang, jadi kerja pun jadi lancar. Bila atas pentas, memang ada keserasian itu,” ujarnya lagi.

Dalam masa sama, Ani menegaskan ketenangan dan kegembiraan dalaman amat penting bagi memastikan sesebuah persembahan berjalan lancar, walaupun tawaran besar kadangkala hadir bersama tekanan.

“Ada tawaran yang nampak besar, tapi kalau buat kita tertekan dan tak gembira, persembahan pun jadi hambar. Penyanyi kena tenang dan gembira dulu, barulah penonton boleh rasa,” katanya.

Ads

“Bila Atas Pentas, Ada Keserasian Itu,” – Ani Maiyuni Ulas Gandingan Dengan Kelly Azman, 15 Tahun Kekal Akrab “Bila Atas Pentas, Ada Keserasian Itu,” – Ani Maiyuni Ulas Gandingan Dengan Kelly Azman, 15 Tahun Kekal Akrab “Bila Atas Pentas, Ada Keserasian Itu,” – Ani Maiyuni Ulas Gandingan Dengan Kelly Azman, 15 Tahun Kekal Akrab “Bila Atas Pentas, Ada Keserasian Itu,” – Ani Maiyuni Ulas Gandingan Dengan Kelly Azman, 15 Tahun Kekal Akrab

Utamakan Keselesaan & Profesionalisme

Sementara itu, bagi pengacara dan selebriti serba boleh, Kelly Azman, sesebuah pentas yang baik bukan sekadar bergantung kepada suara dan lagu, sebaliknya turut melibatkan keselesaan rakan gandingan serta suasana yang sampai kepada penonton.

Atas prinsip itu, gandingannya bersama Ani Maiyuni terus kekal serasi, lebih-lebih lagi ketika mengendalikan persembahan sepanjang Ramadan.

“Sedar tak sedar, dah dekat 15 tahun kami berkawan dan selalu bergandingan sebagai pengacara, terutama bila Ramadan.

Ads

“Saya senang bekerjasama dengan Ani kerana dia seorang penyanyi dan penghibur yang mudah dibawa berbincang dan kami ada ‘chemistry’ itu,” katanya

Kelly berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada majlis Ramadan Review di St Giles Boulevard Hotel, Mid Valley, baru-baru ini.

Sepanjang Ramadan, kedua mereka bakal menghiburkan pengunjung yang berbuka puasa di hotel berkenaan.

Dalam pada itu, Kelly turut menjelaskan pemilihan Ani sebagai rakan gandingan berdasarkan pengalaman serta profesionalisme yang dimiliki penyanyi itu, selain persahabatan dan kerjasama lama yang terjalin.

Ads

Kelly juga menekankan aspek disiplin dan penampilan sebagai elemen asas yang tidak boleh dipandang ringan, terutamanya apabila berada di hadapan penonton.

“Bagi saya, disiplin dan penampilan itu sangat penting. Bukan semua artis jaga benda ini. Ada yang naik pentas tak bersiap, pakaian biasa, sekadar sapu gincu. Itu memang tak kena,” katanya.

St Giles Boulevard Hotel bakal menawarkan Bufet Makan Malam Selera Bonda serta Pakej Bilik Eksklusif Selera Bonda yang menjanjikan pengalaman berbuka puasa dalam suasana lebih hangat dan autentik.

Suasana berbuka puasa itu turut diserikan dengan persembahan khas daripada Kelly Azman dan Ani Maiyuni yang diiringi muzik secara langsung oleh kumpulan Aman and The Typewriter.

Untuk berita hiburan terkini dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

KLIK DI SEENI
Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Ads

Gosip Artis Lain

Nabila Razali Ceriakan Pelajar & Sebar Mesej #BalasBaik… Minggu Awal Sekolah...

Bersempena pembukaan sesi persekolahan di seluruh negara, penyanyi Nabila Razali baru-baru ini meluangkan masa menyantuni warga sekolah menerusi kunjungan istimewa ke Sekolah Kebangsaan Taman...
error: Hello. Cannot.