Semalam, MH berpeluang menghadiri satu muzik festival iaitu Kwave 2 bertempat di Stadium Merdeka, Kuala Lumpur.
Kiranya, ini merupakan konsert Kpop pertama lah bagi tahun 2018 ni.
Bukan calang-calang artis tau yang hadir, antaranya adalah Super Junior, Taeyeon, Mamamoo, Nuest W, Halo, A.C.E dan Tahiti.
Sememangnya yang dinanti-nantikan tentulah grup Super Junior (Suju) memandangkan mereka adalah generasi kedua kpop dan juga mempunyai banyak peminat di Malaysia.
Agaknya sudah menjadi tradisi wajib bagi artis-artis kpop ni apabila datang ke Malaysia, mereka akan belajar sedikit Bahasa Melayu.
MH terhibur dengan cara ketua grup Suju yang siap bawa nota atas pentas untuk berinteraksi dengan peminat.
“Saya datang dari Korea, awak dah makan? Belum makan?
“Awak rindu saya tak?”soalnya ketika memperkenalkan diri.
Dalam pada itu, Malaysia adalah negara yang meninggalkan kesan yang mendalam pada grup tersebut.
“Kami ada shoot satu muzik video disini, bila kembali semula ke Malaysia, saya teringat semua itu,”kata Heechul.
Selain itu, peminat juga terhibur dengan gurauan Eunhyuk.
“Hye, do you want to cium?”soalnya sebelum memberikan ciuman pada mic.
Grup tersebut menghiburkan peminat dengan lagu-lagu hits mereka iaitu Sorry Sorry, Bonamana, Mamacita, Oppa Oppa dan comback terbaru, Black Suit.
Lebih menyeronokkan apabila kelibat Siwon turut kelihatan di atas pentas, MH rasa ini adalah pentas pertama Siwon bersama Suju untuk Black Suit memandangkan insiden anjingnya di Korea Selatan menyebabkan dia direhatkan seketika.
Sewaktu ucapan penutup, Leetuk memberikan kata-kata penghargaan pada peminat.
“Terima kasih pada semua peminat yang sering memberikan sokongan pada kami, aku cinta padamu, Assalamualaikum,”katanya.
Kwave 2 Musik Festival dibawakan oleh Mcalls serta dianjurkan oleh Macpiepro.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI