Pelakon versatil, Fasha Sandha mengakui dia kini mahu mengambil pendirian untuk lebih berhati-hati ini di dalam memberikan apa-apa kenyataan berhubung spekulasi hubungannya dengan pelakon, Aidil Aziz.

Malah, bintang tersebut juga meminta pihak media untuk bertanya lanjutan hubungan di antara mereka kepada Aidil untuk mengulas.

Katanya, sebagai wanita adalah tidak berapa manis untuk dia secara sendirian memberi penjelasan mengenai hubungan mereka. Bagaimanapun, pelakon drama Teratai Kemboja ini mengakui sedang berada pada fasa bahagia di dalam hidupnya.

IKLAN

“Kalau nak tahu lanjut, rasanya lebih manis jika Aidil pula yang berikan penjelasan. Selagi tiada kepastian, lebih baik saya tidak memberikan apa-apa komen lagi, bimbang ia akan disalah erti. Jadi, ada baiknya juga jika ia ditanyakan terus kepada Aidil,” kongsinya kepada MH.

Ditanya sejauh mana fasa bahagia yang dilaluinya kini, bintang berusia 34 tahun itu menjawab;

“Andai ditanya soal bahagia, memang saya sedang gembira. Sejak dulu lagi, saya memang bahagia,” jelas Fasha.

Selain mengakui seseorang yang hadir di dalam hidupnya perlu menerima dua cahaya matanya, Fasha juga tidak mahu memikirkan hal negatif apabila bercakap mengenai teman hidup.

IKLAN

Akuinya, adalah lebih baik jika dia memberikan perhatian kepada mereka memandang dari sudut positif daripada memberi perhatian kepada persepsi yang berbaur negatif dan tidak baik.

“Tak boleh nak puaskan hati semua orang. Bila kita rapat dengan seseorang, pasti ada yang suka dan sebaliknya. Jadi, baik saya ambil kisah mereka yang menyenangi hubungan kami.

 

“Malah kalau nak diikutkan, ramai yang suka, termasuk apabila saya memuat naik gambar bersama. Rata-ratanya memberikan komen yang positif,” terang Fasha jujur.

Sementara itu, Fasha menerusi Instagram baru-baru ini juga ada memaklumkan, dirinya tiada masa untuk memikirkan buat si pembenci kerana dia sibuk dengan mereka yang menyayangi.

IKLAN

“Ketawa bersama menangis bersama. Saya tidak ada masa untuk memikirkan tentang yang membenci kerana saya sibuk dengan mereka yang menyayangi,” tulisnya sebagai dedikasi kepada para peminat yang sentiasa menyokong.

Foto: Instagram Fasha Sandha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI