Semalam, seluruh negara bersedih dengan pemergian pelakon dan penggiat seni, Khalid Salleh yang banyak berjasa dalam industri seni tanah air kita.

Susulan itu, MH difahamkan bahawa ramai juga rakan selebriti yang turut sama memberikan ucapan takziah buat keluarga Allahyarham.

Tidak ketinggalan berbuat demikian adalah pelakon, Noorkhiriah menerusi satu entri di Instagramnya.

“ALLAH SWT kata nak ambil, ALLAH SWT ambil juga walaupun hebat, rumah bertingkat, kereta terjalar sana sini, duit berkepok.

“Bila ada kematian adalah rasa kesedaran tapi itulah, kejap je. Rasa macam nak hantuk je kepala ini ke jalan biar sedar sampai sudah.

“Apa yang pasti kot sukalah sapa nak kaya, sapa nak mewah, saya cukup apa ada yang penting mohon ALLAH SWT pegang hati ni.

“Pasal iman tak kuat, mohon jangan dibolak-balikkan hati. Al-fatihah buat yang mati,” kongsinya.

View this post on Instagram

Al Fatihah buat hati yang MATi

A post shared by Noorkhiriah Ahmad Shapie (@khiriah17) on

IKLAN

Pada MH, apa yang dikongsikan Noorkhiriah itu memang sangat ‘deep’. Turut sama bersetuju dengannya adalah pelakon dan pelawak, Saiful Apek.

“Sedih, ramai yang dah mati bila mereka mati, tapi lebih sedih ramai yang dah mati walaupun masih hidup,” tulisnya.

“Bila Ada Kematian, Adalah Rasa Kesedaran. Tapi…” Ini Perkongsian Noorkhiriah

IKLAN

Wow! dalam betul maksud yang dibawakan oleh Apek ini, ada juga maksud tersurat dan tersiratnya.

Sementara itu, turut sama memberikan ucapan takziah adalah pelakon, Nad Zainal menerusi laman Instagramnya.

IKLAN

“Al-fatihah,” tulisnya.

https://www.instagram.com/p/BlkiMtcAQDh/?hl=en&taken-by=nad.zainal

Setiap yang hidup pasti akan mati, apa-apapun, kita doakan semoga Allahyarham ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.

Foto: Instagram Noorkhiriah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI