Penyanyi dan pengacara, Haiza Hanafi mendedahkan dia sememangnya sudah terbiasa apabila terjadinya situasi dia akan ditawarkan ‘job’ pada saat-saat akhir bagi menggantikan selebriti yang menarik diri.
Menurut Haiza atau namanya sebenarnya Rohaizah Nordin, namanya sering menjadi pilihan terakhir sekiranya berlaku sebarang perubahan saat akhir.
Saya Haiza..Dah terbiasa menjadi orang gantian dan pilihan terakhir.Bila ada artis lain yang reject show last minute,emcee last minute x,maka nama kita yang bawah-bawah ni baru la naik hanya semata nak ganti sahaja..Alhamdulillah rezeki Allah bagi walaupun hanya sebagai ganti 🤲
“Saya Haiza. Dah terbiasa menjadi orang gantian dan pilihan terakhir.
“Bila ada artis lain yang reject show last minute, emcee last minute, maka nama kita yang bawah-bawah ni baru la naik hanya semata nak ganti sahaja.
“Alhamdulillah rezeki Allah bagi walaupun hanya sebagai ganti,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan oleh penyampai radio Buletin FM itu menerusi ciapan di Twitter.
Ads
Bagaimanapun, Haiza memaklumkan dia memandang perkara tersebut daripada sudut positif selain menyifatkan ia sebagai rezeki Allah SWT.
Lantaran itu, dia bersyukur kerana khidmatnya masih lagi diperlukan meskipun gantian.
Ads
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyifatkan Haiza sebagai selebriti versatil yang mampu menyerlah dalam situasi apa sekalipun.
“Bagus last minute sebab awak professional. Rezeki alhamdulillah.
“Semoga Allah lancarkan rezeki awak dan permudahkan pekerjaan awak dalam mencari rezeki. Aamiin.
Ads
“Bidan terjun ni yang betul-betul power sebenarnya. Tak prepare sangat, tapi sangat perform. Good job kak!
“Selalunya bidan terjun ni laaa yang power. Terus redah je. Mantap kak!,” antara komen-komen netizen di laman Twitter.
Sekadar info, Haiza merupakan salah seorang penyampai yang berkhidmat di stesen radio Buletin FM yang mengenalikan segmen Santai Siang Bersama Haiza bermula jam 10 pagi hingga 3 petang.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Twitter & Instagram Haiza Hanafi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas hampir tiga bulan dikurniakan cahaya mata ketujuh, penyanyi terkenal, Faizal Tahir akhirnya berkongsi kisah mengenai kelahiran anak bongsunya itu.
Menurut Faizal, dia dan isteri telah bersepakat untuk menamakan bayi perempuan mereka itu Maryam Tahirah yang juga merupakan hasil gabungan nama daripada ibu Nabi Isa dan Allahyarham bapanya yang baru sahaja meninggal dunia pada September tahun lalu.
Katanya lagi, anak bongsunya itu merupakan cucu yang paling dinanti-nantikan oleh arwah bapanya, namun dia tetap reda dengan segala ketentuan daripada Illahi.
“Salah satu benda baru untuk 2022 ni bagi saya dan keluarga adalah kehadiran anak ketujuh Alhamdulillah. Jadi, anak ketujuh saya ni merupakan anak perempuan. Saya dah ada tiga anak lelaki dan empat perempuan.
“Nama yang kami pilih adalah Maryam Tahirah. Maryam diambil sempena nama ibu Nabi Isa dan Tahirah adalah sempena dengan nama ayah saya Mohd Tahir yang telah kembali kepada pencipta.
“Anak saya yang ketujuh ini merupakan cucu yang ayah saya paling tak sabar nak jumpa. Ayah saya selalu sebut ‘Bilalah boleh jumpa?’ tapi dia tak sempat jumpa. Maka itu perancangan Allah. Allah dah tentukan. Itulah yang terbaik untuk kita. Kadang-kadang kita tak tahu. Selalunya kita tak tahu,” katanya menerusi hantaran di Instagram.
Menerusi entri yang sama, Faizal turut mendedahkan anaknya itu telah mengalami beberapa komplikasi serius ketika di dalam kandungan.
Disebabkan komplikasi tersebut, pihak doktor telah mengesahkan anaknya itu mengalami simptom down symdrome.
Bagaimanapun, penyanyi lagu, Assalamualaikum Dunia ini memaklumkan dirinya menerima perkara tersebut dengan hati yang terbuka.
“Maryam ini adalah anak kami yang Allah berikan keistimewaan. Alhamdulillah. Di mana Maryam ni sewaktu dia dalam kandungan isteri saya, doktor dapat kesan beberapa masalah.
“Mula-mula jantung. Kemudian disahkan sebagai Tetralogy Of Fallot (TOF). Maknanya dia punya campuran darah dan oksigen tu tak cantik. Jadi, itu masalah pertama yang doktor dapat detect.
“Masa tu dah dapat tahulah yang memang kena pembedahan jantung Maryam selepas lahir. Kitaorang dah kena bersedia dari segi mental, fizikal dan kewangan. Beberapa bulan selepas itu, buat scan lagi dan dapat tahu ada masalah lain dalam perut iaitu double bubble. Membuatkan dia bermasalah nanti bila nak makan.
“Bila doktor detect perkara ni dikaitkan pula dengan penyakit sebelum ini, doktor nak bagitahu pun agak berat. Dia sarankan saya untuk buat pemeriksaan menyeluruh untuk isteri saya sebab kemungkinan besar bila ada dua komplikasi ni, akan ada down syndrome.
“Sebulan sebelum tarikh isteri saya bersalin, dapat tahu memang disahkan mengidap down syndrome. Saya menerimanya dengan baik dan reda dengan apa yang Allah bagi. Saya tiada rasa macam down atau frust. Itu dah tertulis,” kongsinya lagi.
Dikesempatan itu juga, Faizal turut menitpkan ucapan terima kasih kepada semua pihak yang telah memberikannya kata-kata positif mengenai kelahiran anak istimewanya itu
“Apa yang saya boleh kongsi sebenarnya adalah sewaktu saya berkongsi kepada rakan-rakan di pejabat, teman-teman berkuda, sahabat handai, keluarga sebelah isteri dan keluarga saya, semua orang bagi jawapan yang sangat positif dan memberi semangat. Perkara itu membuatkan saya bertambah selesa.
“Biasanya, bila saya sebut kepada sesiapa pun fasal anak saya, benda pertama yang keluar ‘Masya-Allah, Subhanallah. Allah kurniakan kau anak syurga bro’. Masa itu hati saya dengar pun jadi tersentuh. Tak expect pun mereka akan cakap begitu. ‘Anak syurga ni bro. Tak semua orang dapat kita ni terpilih untuk dikurniakan anak special ni.
“Alhamdulillah, perka itu amat memberi kekuatan kepada saya dan isteri. Salah satu perkara yang saya ingat, doktor ada cakap anak saya ni tak boleh terima layanan macam anak-anak saya yang lain. Dia memang kena extra attention, extra care. Doktor kata ‘This baby really need you’,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, bekas bintang kelahiran program realiti, One In A Million musim pertama ini turut menyifatkan kehadiran Maryam sebagai hadiah terindah daripada Allah SWT.
“Tapi benda yang terdetik di hati saya, apa yang doktor cakap tu salah. Saya sebenarnya yang sangat perlukan anak saya untuk saya jadi manusia yang lebih baik dan bersyukur. Boleh perbaiki diri saya sebagai hamba Allah. Perka ini yang membuatkan saya sangat-sangat bersyukur.
“Saya sedar Allah hantar perkara ini dengan niat yang sangat baik sebab kita kena bersangka baik dengan Allah. Apa yang boleh saya kongsikan, ketika ini fikiran saya masih lagi positif tetapi saya tahu akan ada lebih banyak ujian akan diberikan. Ini baru permulaan. Saya akan lalui banyak perkara yang akan mengajar saya benda baru.
“Saya tidak sempurna dan tidak akan pernah. Sebab itu manusia kena belajar. Satu persatu dan jangan terlalu tergopoh-gopoh. Selagi saya masih hidup dan Allah kurniakan rezeki, selagi Allah bangunkan saya setiap pagi, selagi itu saya tidak boleh give up,” akhirinya.
Sehingga kini, video yang dikongsikan itu telah pun meraih lebih 700,000 jumlah tontonan dan dihujani ribuan komen daripada netizen serta rakan selebriti.
Sumber: Instagram Faizal Tahir
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bagi mereka yang gemar melakukan aktiviti senaman, kemampuan mereka sememangnya agak berbeza jika ingin dibandingkan dengan individu-individu yang jarang bersukan.
Kebiasaannya, mereka ini hanya akan bersenam atau berlatih dengan orang-orang yang mampu menyamai kemampuan mereka.
Itulah yang cuba disampaikan oleh pelakon, Memey Suhaiza bila berbicara mengenai suaminya yang juga merupakan aktor kacak, Norman Hakim yang sangat gemar melakukan aktiviti senaman di gim mahupun di luar.
Menurut Memey atau nama sebenarnya, Suhaiza Suhaimi, antara sebab dia jarang mengikuti suaminya itu melakukan senaman adalah kerana rejimnya yang sangat ekstrem.
“Pagi tadi. Saje nak share sebab ni antara perkara yang jarang-jarang berlaku. Bersama tu biasa tapi bersama untuk exercise tu luar biasa sebab mummy memang TAK NAK join papa kalau dia jogging exercise.
“Sebab mummy tau yang mummy akan tertinggal jauh. Papa punya momentum sangat laju. Pernah mummy bawa kereta dan dia jogging sama-sama nak pergi kedai makan. Janji situ tapi dia sampai dulu. Macam mana tu?,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Bagaimanapun, baru-baru ini, Memey memaklumkan dia berkesempatan menemani suaminya untuk melakukan aktiviti senaman ringan memandangkan Norman baru sahaja sembuh daripada demam.
Katanya lagi, dia bersama amat gembira kerana dapat menghabiskan aktiviti senaman tersebut bersama-sama suaminya.
“Tapi ni sbb dia baru baik dari demam so dia kata tak boleh heavy. Nak jalan je keluar peluh. So dengan happy nya mummy offer diri teman. Hari ni mummy same level dengan papa.
“Ok tu jer nak share. Semoga hari ni hari yANg baik untuk kita semua,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terhibur mendengar kisah tersebut selain turut memuji semangat Memey yang dilihat sentiasa menyokong hobi suaminya itu.
“Suka la tengok. Semoga berbahagia selalu.
“Sweet je. Semoga berbahagia hingga ke jannah.
“Hebatlah mummy dengan papa love you both.
“Selalu comel je Memey ni. Tak pernah tak comel. Semoga berbahagia selalu,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Setakat ini, video yang dikongsikan itu telah pun meraih hampir 200,000 jumlah tontonan.
Terdahulu, Memey mendirikan rumah tangga dengan Norman Hakim pada 24 September 2011.
Hasil perkahwinan itu, pasangan itu dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Muhammad Darwisz Hakim, 9, Muhammad Dikhriz Hakim, 7 dan Mikayla Delisha Hakim, 4.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Memey Suhaiza
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Sebagai ibu, pelakon, Ozlyn Wati mengakui dirinya berasa amat lega kerana dikurniakan anak-anak yang amat menitikberatkan mengenai soal penjagaan waktu solat lebih-lebih lagi ketika solat Subuh.
Menurut Ozlyn, kesemua anak-anaknya itu amat mudah untuk dikejutkan daripada tidur dan mereka juga tidak meragam.
Tambah menyenangkan hatinya lagi, anak-anaknya itu juga dikatakan menunaikan solat dalam keadaan yang sangat tertib dan tidak terlihat seperti terpaksa.
“Yang penting diorang pesan kejut subuh. Kejut pun senang. Tak cranky. Moleiq selalunya kalau cukup tidur memang tiada masalah untuk kejut bangun. Selalu macam ni la lepas Subuh.
“Bagi salam je kadang tak sempat doa dia dok terlepek. Kalau mood dia ok dia yang request nak bacakan doa. Macam anak perempuan ni nak kejutkan lebih senang dari anak laki. Anak perempuan bagi salam, panggil nama je terus bergerak dan bukak mata.
“Anak laki kadang kena tonyoh muka tu baru nak bangun. Subuh tadi Abang Haziq dengan Sodiq je ngaji. Chantiq dan Moleiq kita belanja asar nanti. So bagi diorang rest dulu sebab bangun tak nangis dan solat pon bagus tertib takde hempas-hempas badan.
“Tapi berani la pula diorang hempas badan depan mama diorang. Nak kena hempas balik ke?,” tulisnya.
Kisah tersebut dikongsikan sendiri oleh isteri kepada pelawak dan penyampai radio, Johan itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Menerusi entri yang sama, Ozlyn turut lihat berkongsi beberapa tips yang boleh digunakan oleh para ibu bapa untuk melatih anak-anak mereka agar mudah bangun pagi.
Jelasnya lagi, selain rehat yang mecukupi, faktor pemakanan juga merupakan aspek yang sangat penting.
“Tips nak kejut anak bangun Subuh sangat senang, pastikan diorang cukup makan, cukup tidur (tidur awal).
“Tips tdo awal ni bukan anak je senang nak bangun. Mak bapak pon boleh bangun awal. Anak lelaki kami selalu pesan sebelum tidur doa dekat Allah mintak terjaga bila dengar azan.
“Selain dari tidur awal tu jugak tips dia. InsyaAllah cuba la. Mama muka pasrah tu kaki kebas,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen kagum dengan perkongsian tersebut selain turut memuji cara didikan Ozlyn dan Johan terhadap anak-anak mereka.
“Seronoknya tengok macam ni. Alhamdulillah. Part nak kejut tu memang mencabar tapi betul anak perempuan lebih mudah dikejut dari lelaki. Sebab kat rumah ni pun sama.
“Saya suka sangat tengok keluarga ni. Selalu solat sama-sama makan sama-sama. Hidup sangt tertib. Saya doa satu kluarga ni masuk syurga semuanya sama.
“Setuju sangat part tido awal. Apa-apa hal cukup tidur cukup makan Insya Allah mudah bangunnya kannn.
“Alhamdulillah. Terima kasih bagi tips. Tapi memang betul anak pompuan kalau nak bangunkan senang,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Terdahulu, Ozlyn baru sahaja selamat menimang cahaya mata keenam pada tanggal 3 September lalu.
Sekadar informasi, Ozlyn dan Johan telah pun mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009.
Hasil perkongsian hidup tersebut, psangan ini telah terlebih dahulu dikurniakan lima orang cahaya mata iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Cantiq dan Moleq.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Ozlyn Wati
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas 11 tahun melalui kehidupan sebagai ibu tunggal, Erra Fazira mengakui keputusan untuk kembali mendirikan rumah tangga bukan sesuatu yang mudah selepas sekian lama...